Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Saturday, April 20, 2013

Kalau Firaun ada lagi dia pun 'salute' dekat Tengku Adnan



PUTRAJAYA: Calon BN Putrajaya,  Datuk Tengku Adnan Mansor yakin, calon PAS Datuk Husam Musa akan hilang deposit dalam pilihan raya kali ini.

Adnan yang merupakan Setiausaha Agung Umno berkata demikian ketika bercakap kepada para pemberita hari ini.

Adnan mengimbau kembali pilihan raya 2004 di mana calon pembangkang ketika itu hilang wang deposit.

Husam, Naib Presiden PAS akan bertanding melawan Tengku Adnan secara satu lawan satu dalam pilihan raya ini.

Beliau juga bertanding di DUN Salor, Kubang Kerian Kelantan.
Sikap sombong dan cakap besar Adnan ini dipercayai akan makan tuan selepas ini.

Warta Darul Aman

Arkib