Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Saturday, April 27, 2013

Giliran orang Siam tolak BN... Sungai Tiang & Pedu bakal ditawan Pakatan


Selepas lima tahun, masyarakat Siam Kedah tidak lagi takut kepada PAS

Banner dalam bahasa Siam bermaksud," Kami sudah menolak Umno". 


PENDANG, 27 April — Walaupun masyarakat Siam di Kedah tidak bersama dalam ombak “tsunami 2008”, situasi kali ini berubah apabila sokongan kaum minoriti semakin kuat terhadap Pakatan Rakyat (PR) terutamanya di Pendang, kawasan penempatan terbesar komuniti itu di negeri Jelapang Padi tersebut.

Dalam Pilihan Raya 2008, walaupun PAS berjaya menawan kerusi Parlimen Pendang, mereka tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang, tempat yang paling ramai mempunyai komuniti Siam.

Penyandang DUN Sungai Tiang, Suraya Yaacob mengalahkan calon PAS Ab Mutalib Awang dengan majoriti 3006 undi pada 2008 dengan sokongan kuat masyarakat Siam.

Di DUN Sungai Tiang, dianggarkan terdapat kira-kira empat ribu pengundi masyarakat Siam.

“Kalau dulunya kerajaan BN takutkan orang Siam bahaya apabila PAS perintah, tapi sekarang itu bukan suatu isu lagi,” kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di hadapan kira-kira 300 orang masyarakat Siam di sini malam tadi.

Mat Sabu diminta untuk menurunkan tandatangan di baju anak-anak muda.

“Sepanjang lima tahun perintah, kerajaan PAS Kedah tak pernah kacau orang Siam sebaliknya kita lihat setiap hari ikatan itu sentiasa kuat,” kata calon PAS bagi Parlimen Pendang itu yang dikenali sebagai Mat Sabu semasa turun dalam satu sambutan sempena perayaan Songkran di Kampung Wat Padang Pusing.

Perjalanan 30 kilometer dari ibu negeri Kedah ke kawasan pendalaman Kampung Wat Padang Pusing, salah satu kampung terbesar masyarakat Siam di DUN Sungai Tiang amat mengejutkan, anak muda masyarakat Siam tidak lagi segan silu untuk ke mana-mana membawa bendera PAS dan memakai t-shirt bergambar Mat Sabu.

Semasa ditemui oleh The Malaysian Insider Mohamad mengatakan jika PAS menang di DUN Sungai Tiang, bermakna kerusi Parlimen Pendang sudah pasti ditangan mereka.

Selepas Mohamad beredar untuk ke majlis lain, calon PAS bagi DUN Sungai Tiang Fadzil Baharom merayu agar masyarakat Siam agar membantu beliau untuk mengalahkan penyandang kerusi tersebut.

“Jurang diantara kaum, dipisahkan selepas Pakatan Rakyat perintah. Pesta Songkran kini sudah jadi perayaan bagi rakyat Kedah bukan sahaja bagi orang Siam,” katanya merujuk kepada perayaan yang diadakan pada hari paling panas di Thailand, di penghujung musim kemarau.

Biru bendera BN di kubu kuat mereka itu sudah mula ditenggelamkan kehijauan bendera PAS.

Selepas tamat majlis, anak-anak muda Siam di kampung tersebut meneruskan aktiviti hiburan malam mereka dengan nyanyian karaoke yang disediakan oleh jentera PAS.

Nyanyian karaoke dalam bahasa Siam memecah keheningan malam kampung tersebut, dengan beberapa pemuda dan anak gadis asyik menari dan menghiburkan diri dalam bahasa Thai seperti di kelab-kelab malam di Thailand.

Menurut ketua kampung, Ong Lim, 57 tahun, antara sebab mengapa penduduk kampungnya kini beralih menyokong PAS adalah kerana sebelum ini, mereka sering ditakut-takutkan oleh BN mengenai parti tersebut.

“Selepas lima tahun hidup di bawah pemerintahan PAS, kami lihat ia tidak seperti yang digambarkan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Kampung ni ramai anak muda, mereka tidak lagi membaca media arus perdana. Semua tengok internet dan sebab itu mereka lebih berani,” tambah beliau.

Seorang anak muda, Pratan Aipuan, 25 tahun secara terbuka memberitahu The Malaysian Insider beliau akan mengundi calon PR kali ini kerana mengharapkan kehidupan yang lebih baik jika gabungan tersebut berjaya menguasai Putrajaya.


Ong Lim, Ketua Kampung Wat Padang Pusing. "Janji, apa yang BN cakap semuanya kosong. Bukan RM500 yang kita nak, kita nak kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Rakannya Sompon PC, 30 tahun pula mengatakan walaupun masyarakat Siam kini sudah menerima status Bumiputera, secara praktikalnya mereka tidak merasakan ‘keistimewaan’ tersebut.

“Kalau dah Bumiputera, kenapa dalam borang kami masih lagi berstatus lain-lain?” soal beliau.

“Semasa pemerintahan PAS lima tahun ini, sedikit demi sedikit tanah kami yang dirampas oleh BN dulu dipulangkan semula.”

Dalam Pilihan Raya 2008, gabungan longgar PAS, PKR dan DAP menang mengejut di Kedah, mengecewakan BN apabila memenangi 22 dari 36 kerusi DUN di Kedah.

Dalam Pilihan Raya 2013, BN dan PR akan bersaing sengit untuk memenangi hati pengundi negeri Kedah yang telah melahirkan dua perdana menteri, Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr Mahathir Mohamad. 
~ AI

Warta Darul Aman

Arkib