Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, April 18, 2013

Dosa-dosa Tok Det vs DOA arwah Ustaz Fadzil Noor



Saya tertarik dengan tindakan dan kenyataan pimpinan Solidariti Anak Muda Malaysia dan Revolusi 13 apabila mereka dengan berani mengemukakan injuksi terhadap United Malays National Organization (Umno) bahawa parti itu adalah pertubuhan haram.

Cerita pengharaman Umno adalah kisah klasik yang sentiasa diingati oleh orai-otai Umno. Namun begitu, menurut pemerhatian saya cerita ini jarang dan hampir tidak diketahui oleh anak-anak muda yang konon taksub Umno. Tidak tahu mengapa, sama ada ikut membuta tuli tanpa tahu asal-usul atau cerita tersebut disorokkan oleh orang tua mereka.

Asasnya, Umno yang wujud pada hari ini bukanlah Umno asal yang ditubuhkan pada tahun 1946 oleh Dato’ Onn Jaafar. Umno yang asal telah pun diharamkan pada 4 Februari 1988 mengikut suatu keputusan Mahkamah Tinggi.

Umno yang ada pada hari ini adalah parti politik ciptaan Dr Mahathir dan dikenali sebagai Umno Baru.

Dalam membincangkan isu ini, semua orang pasti sedar Dr Mahathir adalah seorang ‘political animal’ yang begitu oportunis. Umno Baru ciptaannya ditubuh bukan setakat untuk memastikan kuasa parti konservatif itu dapat diteruskan tetapi juga untuk ‘batang tengkuknya’ sendiri.

Hari ini, Umno diketuai oleh Najib Razak. Pengumuman calon pada hari ini amat mengejutkan apabila ‘anak kesayangan’ Dr Mahathir iaitu Ibrahim Ali tidak mendapat tempat dalam mana-mana kerusi termasuk di kawasannya sendiri, Pasir Mas.

Selain itu, anaknya Mukhriz juga tidak mendapat tempat di kerusi parlimen Jerlun sebaliknya diletakkan di DUN Ayer Hitam yang disifatkan kerusi kurang selamat kerana ia adalah kubu kuat PAS. Manakala, kemasukan Khairy Jamaluddin dalam senarai calon BN juga memberi tamparan hebat kepada Dr Mahathir kerana kebenciannya terhadap KJ sudah diketahui umum.

Saya melihat ini adalah satu percaturan yang menarik. Terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa tindakan ini dibuat bagi tujuan mengurangkan pengaruh Dr Mahathir dalam Umno bagi Najib mengekalkan jawatan Presiden dalam parti itu.

Ini terjadi mungkin disebabkan kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan bahawa Najib Razak akan hilang jawatan Presiden sekiranya gagal dalam PRU13 ini.

Jika Umno gagal pada kali ini, maka akan terciptalah sejarah.

Maka, termakbulah doa Arwah Ustaz Fadzil Noor supaya dipanjangkan umur Mahathir Mohamad supaya dapat melihat kemusnahan yang berpunca daripada tindakannya serta melihat parti kesayangannya tumbang dihadapan mata.

Warta Darul Aman

Arkib