Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, April 4, 2013

Datuk Ali Yahya berjaya singkir Shahanim di Pantai Merdeka?




Oleh: Stringer Sungai Petani

Tinggal tak sampai 10 hari sebelum hari penamaan calon, tersebar berita yang dikatakan 'hampir pasti' dari ibu pejabat UMNO iaitu Ketua Puteri UMNO Sungai Petani, Shahanim Mohd Yusoff telah berjaya disingkirkan oleh musuh politiknya Datuk Ali Yahya dalam perebutan calon BN di Pantai Merdeka.

Pada awalnya terdapat 7 nama yang bersaing, namun akhirnya hanya nama Ali dan Shahanim yang dikatakan menjadi calon yang bersaing kerana calon-calon lain tidak mempunyai pengaruh besar. Apa yang menarik dalam perebutan calon di Pantai Merdeka ialah, hampir kesemua calon yang bersaing memokuskan tumpuan untuk menjatuhkan Shahanim, seolah-olah beliau yang berpotensi dipilih lantaran kedudukan sebagai Naib Ketua Puteri UMNO Pusat.

Antara pesaingnya dikatakan memburukkan imej Shahanim dengan menghantar segala rahsia 'salahlaku' Shahanim kepada Datin Seri Rosmah Mansor dengan harapan beliau mempengaruhi Najib untuk menolak Shahanim. "Setakat ini misi itu nampaknya berjaya!" dedah seorang konspitrator menjatuhkan Shahanim.

Warta Darul Aman

Arkib