Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, April 2, 2013

Dato' Mat Bashah tak setuju Mukhriz tinggalkan kerusi Jerlun


Ehemmm... Mukhriz ingat nooo, hang jangan dok kacau kerusi DUN!

 


BALING, 2 April — Rakyat perlu menolak wakil rakyat yang bertanding di kawasan berlainan pada setiap pilihan raya umum kerana tindakan itu menunjukkan mereka hanya berminat menjadi wakil rakyat daripada berbakti kepada rakyat.

Menyifatkan wakil rakyat sedemikian sebagai “pelarian”, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata mereka hanya mahu bertanding di kawasan yang dilihat ada peluang untuk menang kerana takut kalah.

“Pengundi perlu melihat mereka ini yang sering berpindah randah setiap kali pilihan raya umum, kerana mereka gagal menjadi wakil rakyat yang berjasa kepada pengundi di kawasan mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis “Penggerak PRU-13 Parlimen Baling” di sini malam tadi.

Beliau mengulas ura-ura Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan bertanding di kawasan lain di Kedah dan Anggota Parlimen Machang yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail juga akan bertanding di Kedah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Sementara itu, Ahmad Bashah yakin pada PRU-13, rakyat akan kembali memberikan sokongan kepada Umno dan BN untuk membangunkan kembali negeri Kedah berikutan rakyat kini sedar mengenai kegagalan kerajaan negeri sekarang diterajui PAS dalam mentadbir negeri.

Sempena majlis itu, Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah mengadakan pertemuan dengan jentera pilihan raya BN bagi Parlimen Baling.

Hadir sama pada majlis itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum yang juga Ketua Penerangan Umno Kedah dan Ketua Umno Bahagian Baling Datuk Abdul Azeez Rahim. – Bernama

Warta Darul Aman

Arkib