Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Friday, April 12, 2013

Bukankah aku dah kata akhirnya nanti video fitnah lucah pemimpin PAS pulak akan keluaq... puak Setan D'Knalee ni memang tak pernah serik buat fitnah


Video Lucah Lagi, Kali Ini Babitkan "Mustafa Ali"


Video lucah lagi. Kali ini yang menjadi mangsa ialah Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali.

Setelah beberapa versi video lucah sebelum ini gagal kerana hitam putih dan tarikhnya silap (kerana wujud alibi) maka versi kali ini berwarna, tetapi tiada tarikh pembikinannya.

Anehnya tajuk yang dicatatkan di situ "TERKINI - "Saya Diupah PKR Perangkap Mustapha Ali" - Wanita Dalam Video Seks. Satu usaha untuk mengadu-domba dengan melibatkan PKR untuk memburukkan Mustafa Ali.


Yang anehnya juga setelah beberapa kali video seks tersebar, polis masih enggan bertindak ke atas papagomo. Sehingga di satu ketika tersebar luas, foto yang memaparkan Ketua Polis Negara bergambar bersama papagomo! Sehingga kini KPN belum membuat memberikan jawapannya lagi, tup-tup keluar video lucah yang baru pula Gambar itu amat mencemarkan imej pasukan polis negara ini kerana bergambar dengan seorang yang sudah disahkan sebagai seorang "penjenayah".

Dengan tersiarnya video lucah terbaru ini, kelihatan para pencacai UMNO bertempik sorak, malah seperti biasa, akhbar pencacai bernama Utusan begitu cepat juga melaporkannya di dalam akhbar mereka tentang wujudnya satu laporan polis dibuat tentang penyebaran video lucah tersebut di Terengganu.


GB tidak mahu mengulas lanjut kerana, seperti video-video lucah yang dikeluarkan sebelum ini, seperti video fitnah ke atas, ia semuanya "fake" belaka.

Dulu kantoi kerana si pelakunya berperut buncit, kemudian dikuruskan sehingga tampak terlalu muda dan kesemuanya GAGAL. Kali ini "Mustafa Ali" yang dipaparkan mempunyai sosok tubuh badan seorang lelaki yang tua gempal tetapi malangnya pendek, tidak seperti Mustafa yang sebenar yang tinggi sasa orangnya.

Tidak ada apa yang kita boleh nyatakan selain berdoa kepada Allah swt agar Allah segera mengambil nyawa sipapagomo, perancang, pelakun, penaja dan mereka yang sengaja mempercayai video-video lucah berkenaan ... supaya kurang sikit dosa mereka... apabila menghadap Ilahi nanti...

GB sudah ulas sebelum ini:

Keengganan beliau untuk mengakui blog itu kepunyaannya bukti awal kebinasaan papagomo! Beliau TAKUT untuk mengakui blog fitnah itu miliknya kerana tahu blog itu menyajikan berita palsu dan dusta.

Sepatutnya apabila beliau sudah tidak mengakui blog itu miliknya, pihak berkuasa sudah boleh menyiasat siapa pula yang mengemaskini blog tersebut selama ini kalau bukan papagomo sendiri, dan papagomo boleh pula didakwa kerana menipu jika sebenarnya beliau yang mengemaskinikan blog tersebut. Dusta di atas dusta!

Namun, kebal macamana pun papagomo yang dilindungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, kita akan menyaksikan papagomo pasti hancur binasa!

Bukan saja papagomo, sekalian blogger pencacai UMNO yang menyebarkan dan menyemarakkan budaya fitnah, lucah dan porno. Termasuklah polis yang selama ini bersikap double standard!


Dan GB juga sudah ulas begini:

Orang yang memfitnah dan kejam dan makan hasil yang haramhidupnya tidak tenang dan umurnya tak panjang. Termasuk sekalian blogger pro-UMNO, menteri-menteri dan media pencacai UMNO seperti BERNAMA, Utusan, RTM, TV3 dan lain-lain. Mereka akan menerima hukumman Tuhan sepertimana janjiNya: Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10


Kita akan terus berdoa lagi!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا 

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan 


Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Warta Darul Aman

Arkib