Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, April 24, 2013

BN diingatkan jangan cuba cetus provokasi murahan......


Oleh : SARINA ISMAIL



KOTA SARANG SEMUT - PAS meminta Suruhjaya Piliharaya (SPR) menyiasat dan mengambil tindakan kepada sebuah parti politik yang cuba mencetuskan provokasi melalui banner yang digantung di sesetengah tempat di kawasan di negeri Kedah. Sehubungan itu juga, satu laporan rasmi berkenaan perkara itu telah dibuat kepada SPR.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Jabatan Piliharaya PAS Kedah (JPN), Kapten (B) Zamri Ibrahim, kepada pemberita di Kompleks PAS Kedah.

"Kita amat kesal dengan tindakan yang dibuat oleh BN kerana secara terang-terangan cuba memfitnah PR melalui banner yang digantung di kebanyakan tempat dalam negeri Kedah.

"Kita tahu itu semua kerja BN kerana perkara yang sama berlaku di Langkawi.Apabila salah seorang penyokong PR cuba membuang banner berkenaan, penyokong UMNO datang dan cuba menghalang tindakan itu.

"Perkara yang sama juga berlaku di Alor Mengkudu, apabila petugas kita cuba membuang banner berkenaan,penyokong BN cuba datang menyerang dan menghalang dari ianya dibuang,"ujar beliau.


Apa yang amat dikesali katanya lagi, tindakan mereka melanggar peraturan yang ditetapkan oleh SPR. Banner yang mereka naikkan menggunakan logo dan gambar pemimpin Pakatan Rakyat tanpa kebenaran selain mempamerkan ayat-ayat memfitnah. Provokasi seumpama itu boleh mencetuskan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat dan kita bimbang akan terjadi suasana yang tidak harmoni.

"Oleh itu pihak PAS berharap SPR atau pihak berwajib segera bertindak dan mengarahkan BN menurunkannya dengan segera.Sekiranya ianya tidak diturunkan dalam tempoh 24 jam selepas sidang media ini berlangsung, kami akan bertindak sendiri, menurunkan semua banner berkenaan,"kata Zamri lagi.

Banner-banner berkenaan didapati tergantung di sekitar Kulim, Alor Setar, Alor Mengkudu dan Langkawi. Ianya dipasangsejak hari pertama penamaan calon.

Menurut Pengarah Media Piliharaya PAS Kedah, Tuan Haji Zulkifli Yahaya, cara yang dilakukan oleh BN itu menunjukkan mereka tidak matang dalam menghadapi pilihanraya. Sepatutnya, kita lebih kepada menengahkan apakah tawaran-tawaran kita kepada rakyat sekiranya berjaya dalam piliharaya ke-13 dan bukannya mereka-reka provokasi murahan seumpama itu yang boleh menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat.

"Bagi pihak PAS pula, kita tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk mengadakan banner seperti mengejek dengan kata-kata kesat, lucah atau seumpamanya. Ada pun replika seperti kapal selam, meriam, kapal terbang dan lain-lain itu,tidak salah kerana ianya tidak menggunakan logo atau gambar pemimpin parti lain,"balasnya ketika ditanya oleh pemberita berkenaan replika-replika yang banyak kelihatan ditepi jalan serta di tepi markas-markas PAS.

Sidang media berkenaan diadakan di Kompleks PAS Kedah.

Warta Darul Aman

Arkib