Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, April 8, 2013

BN alami saat getir menjelang sakratulmaut... berpusu anak muda tinggalkan UMNO sertai PAS


(Mohamad Sabu dan Aminudin menerima borang permohonan menyertai PAS)

KOTA KINABALU: Kurang 24 jam selepas Barisan Nasional melancarkan manifestonya, PAS Kawasan Sepanggar tidak menunggu lama terus mencipta sejarah dengan menambah ahli baru khasnya di Dun Karambunai apabila hampir 100 anak muda dan penduduk kampung beramai-ramai menyertai PAS.

Borang tersebut diserahkan kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu Majlis Perasmian Bilik Gerakan PAS Cawangan Unggun Jaya, dekat Menggatal di sini petang kelmarin.

Penyertaan beramai-ramai itu menurut Yang DiPertua PAS Sepanggar, Ali Hassan merupakan satu pukulan maut kepada Barisan Nasional terutama di negeri ini dan sekaligus merebahkan kubu kuatnya di Unggun Jaya ini. 


“Ketika mereka melancarkan manifestonya, rakyat bertindak keluar dan menyertai PAS. Ini merupakan petanda awal bahawa kejatuhan Umno dan Barisan Nasional akan berlaku,” ujar beliau.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pesuruhjaya PAS Sabah Aminuddin Aling, Timbalan Yang DiPertua PAS Sepanggar Asfar Akhbar dan barisan kepimpinan PAS peringkat kawasan Sepanggar serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.

Mohamad Sabu ketika berucap turut memberikan penerangan berkaitan isu semasa dan penjelasan mengenai dakwaan Umno terhadap Pakatan Rakyat.

“Kalau ada 10 yang ditanya, maka 11 tidak akan undi Barisan Nasional,” sinis beliau.

Warta Darul Aman

Arkib