Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, April 2, 2013

Bila Tok Tok Ayah dah nyatakan sokongan terbuka pada Pakatan Rakyat, tanda UMNO Kedah boleh 'tempah batu nisan'


Laporan dan foto: MTK

Pelbagai cara diguna oleh UMNO Be End untuk menghalang orang ramai menghadiri ceramah DS Anwar di Taman Wira Mergong. Antaranya ialah dengan membuat laporan polis supaya pihak polis membatalkan ceramah tersebut, malangnya pihak polis tidak termakan 'arahan' UMNO itu... kalau dulu bolehlah UMNO berkuasa penuh, sekarang ni polis pun nak naik menyampah dengan perangai UMNO yang cuba jadikan polis sebagai budak suruhan mereka.

Antara cara yang digunakan lagi ialah dengan menyebarkan foto di alam maya kononnya bas Jelajah Merdeka yang membawa DS Anwar terbakar jadi Anwar tak dapat datang... adoihaii lawaknya propaganda UMNO, mokalu betoi bas terbakag pun takkan DS Anwar tak mai cara lain.

 (Propaganda 'bas terbakar' sebagai salah satu cara sekat kehadiran orangramai ke ceramah DS Anwar)

Tiba masa ceramah lebih 30 ribu membanjiri stadium mini KUIN, nah padan muka UMNO! Terkebil-kebil UMNO lihat luarbiasanya sokongan rakyat terhadap Pakatan sedangkan waktu BN buat ceramah atas lori dekat Pasaraya Maidin cuma aritu 200 orang yang mai... itu pun dah habih kerah.

Apa yang menarik dalam perkembangan politik terkini ialah sokongan padu yang diberikan oleh Tok-tok Ayah seluruh Kedah terhadap DS Anwar. Selama ini mereka kelihatan tidak memihak tetapi akibat kezaliman yang melampau-lampau tok ayah pun tak boleh tahan. Bayangkan Tok Ayah Ton yang mampu 'menundukkan' harimau kini sudah terang-terangan berceramah atas pentas Pakatan untuk menunduk dan menjinakkan penyokong UMNO.

Sebab itulah Najib sampai sekarang tak berani bubar Parlimen. Mungkin mereka sedang merancang cara lain untuk menang di Kedah dan pertahan Putrajaya. Antara cara yang mungkin boleh digunakan ialah bawa masuk puak Sulu bagi kerakyatan lalu depa pakat undi BN.

Tamatkan keangkuhan UMNO Be End!

Tok Ayah Ton mengajak rakyat menolak BN

Tudia tok-tok ayah beratur sambut DS Anwar, tak pernah terjadi sebelum ni.. hokni UMNO Kedah pening.


Apakah rakyat Sulu akan diimport ke Kedah untuk menangkan BN? Mukhriz tolong beri penjelasan!

 Datuk Seri (kiri) sudah disiasat polis... apakah Datuk Paduka juga terbabit? Pihak polis perlu siasat...

Warta Darul Aman

Arkib