Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, April 21, 2013

Berjuta duit syarikat arak akan masuk mencurah ke Jerlun untuk merasuah pengundi?





Mengapa Mahathir begitu yakin dalam kenyataan beliau BN dapat merampas kembali Kerajaan Kedah, kalau dilihat dari segi sokongan peluang mereka agak tipis untuk memerintah kembali di Kedah. Tambahan masalah dalam UMNO masih belum selesai penyakit puak-puak yang menyebabkan mereka tewas pada PRU 12. 

Semalam admin dapat maklumat dari teman di Alor Setar...mengatakan orang kuat Muhkriz  sedang membawa beberapa juta tunai untuk kegunaan Muhkriz di Dun Ayer Hitam? ,  maklumat masih dalam pengesahan tetapi sumber dari orang yang rapat dengan Muhkriz....... 
Semalam pencalonan  Dun Ayer Hitam  berjalan lancar Pas lawan BN , sekalipun dianggap setara dari sudut jawatan dalam kerajaan, calon PAS DUN Ayer Hitam Abdul Ghani Ahmad dilihat berdepan dengan pengaruh calon BN, Datuk Mukhriz yang dibayangi bayang-bayang ketokohan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, kehadiran bapanya sewaktu penamaan calon pagi tadi, telah menaikkan semangat penyokong dan jentera, malah mendapat sorakan antara yang paling gemuruh berbanding dua lagi calon Umno yang bertanding.

Mahathir Mohamad juga pandai melepak tepi longkang Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu semasa mengiringi anaknya, Mukhriz Mahathir untuk menyerahkan borang penamaan calon di kerusi dewan Undangan Negeri-DUN Ayer Hitam pagi tadi.

Apa lagi, macai pun mengipas, inilah benar-benar pemimpin yang berjiwa rakyat kerana sanggup menunggu di tepi longkang.

Mukhriz akan menentang penyandang dari PAS, Abdul Ghani Ahmad yang merupakan seorang tokoh agama tempatan di kawasan tersebut.

Sebelum ini DUN Ayer Hitam yang berada di Parlimen Jerlun dimenangi oleh calon PAS, Abdul Ghani Ahmad dengan majoriti tipis iaitu 506 undi.

Ingatkan Mahathir mengiringi calon bebas Ibrahim Ali di Parlimen Pasir Mas. Rupa-rupanya tidak!!

Warta Darul Aman

Arkib