Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Saturday, April 13, 2013

Berita panas!!! Ustaz Azizan bantah diri sendiri jadi calon PAS

Oleh: Aiman Rasis

Kononnya bendera lambang PAS... bulatan putih berlatarbelakangkan hitam adalah diterbitkan oleh golongan yang anti Ustaz Azizan dan membantah calon yang dikemukakan oleh Ustaz Azizan bukan dari kumpulan tertentu.

Bagi Aiman yang pernah jadi cybertrooper UMNO dibayar RM2000 sebulan, penyepinan seperti itu adalah perkara biasa dilakukan oleh blogger UMporNO. Sebab waktu Aiman mengikuti kursus penyepinan di Pusat Latihan UMNO Janda Baik, Aiman telah ditarbiah oleh seorang pakar penyepinan Yahudi APCO meminta supaya memutarbelitkan apa saja yang 'dilihat pelik' untuk membohongi rakyat bagi menceritakan keburukan Pakatan Rakyat.

Maka mereka pun spinlah kononnya penentangan terhadap Ustaz Azizan makin kuat sebab bendera 'hitam putih' tu ada di mana-mana seluruh Kedah. Tanpa mereka sedari rupanya semua banner dan bunting yang diterbitkan oleh Jabatan Pilihanraya PAS Kedah yang ada gambar Ustaz Azizan, maka terdapat lambang PAS 'hitam putih'!


Terkantoi sejurus blogger UMporNO... nak spin kot mana pulak. Takkan nak kata Ustaz Azizan telah menolak dirinya sendiri? kah kah kah... setakcerdik-takcerdik puak tu, terkantoi jugak akhirnya.


Sebenarnya logo hitam putih ni diterbitkan dalam semua poster calon PAS sejak beberapa kali PRU, kira-kira dah lama dah. Masa Ustaz Fadzil Noor lagi mokalu poster calon walaupun gambar calon color tapi logo PAS tetap  hitam putih. Sebabnya logo hitam putih tulah yang tertera atas kertas undi. Sehingga kini SPR belum mencetak kertas undi secara berwarna.

Jadi tak pelik apa pun jika terdapat sebahagian dari bendera lambang PAS untuk PRU adalah hitam putih, memang dikeluarkan oleh Jabatan Pilihanraya PAS.

Satu lagi, pasai apa PAS guna latarbelakang hitam pulak? Nak jawab tu mai Aiman nak ajak blogger UMporNO upahan RM2000 sebulan.. mai baca Perlembagaan PAS.



Mengikut FASAL 74. Lambang PAS

Adapun lambang atau simbol PAS untuk pilihanraya ialah bulatan putih dengan berlatarbelakang warna hijau, dan dalam keadaan tertentu latar belakang boleh juga digunakan warna hitam.. (ulang sekali lagi hitam, 
ulang sekali lagi hitam, ulang sekali lagi hitam, ulang sekali lagi hitam, ulang sekali lagi hitam, ulang sekali lagi hitam)

Warta Darul Aman

Arkib