Ni cerita YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Kubur Panjang, Shahrol Niza Omar (dipercayai orang UMNO) menuduh kerajaan negeri nak ambil alih bangunan yang kini jadi perpustakaan desa untuk dijadikan tempat bagi 'kegunaan pilihanraya' atau untuk tujuan politik. Perkara tersebut kemudian disangkal oleh DO Pendang, Haji Nordin Yahya. Dalam Utusan Meloya terang2 sebut, PAS yang arah pindah perpustakaan tu.
Fitnah tu langsung tak logik kerana setelah lima tahun tadbir negeri, PAS tak pernah ambil mana-mana premis milik kerajaan negeri untuk dijadikan tempat yang 'bertujuan politik' jauh sekali dari dijadikan markaz politik. Yang dok sapu balairaya dan dewan di negeri Kedah untuk dijadikan bilik gerakan BN (walaupun balairaya dan dewan tu milik Negeri) ialah UMNO BN. Malah pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, telah menggunakan premis penghulu mukim Mergong sebagai pejabat pusat khidmatnya dan pejabat UMNO Bahagian Alor Setar, buka cerita dulu tapi la la ni masa Pakatan merintah. Kalau MB hati kerin macam depa dulu dah lama puak UMNO tu kena halau.
Takdak kerja PAS nak ambik premis kerajaan buat markaz politik... markaz PAS dah berlambak2 di mana-mana di negeri Kedah ni, tak kelapag premis kerajaan negeri. Yang suka dok bertenggek tak kira tanah sapa ialah UMNO BN.
Dewan Cemara yang akan dijadikan sebagai Perpustakaan Desa Kubur
Panjang yang baru.
PENDANG – Pejabat Daerah Pendang digesa
mengkaji semula keputusan untuk memindahkan Perpustakaan Desa Kubur Panjang, di
sini ke dewan Cemara berhampiran pekan Kubur Panjang pada 16 Mac ini
(esok).
Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah
Kebangsaan Kubur Panjang (SKKP), Shahrol Niza Omar berkata, pihaknya membantah
tindakan tersebut kerana perpindahan itu hanyalah bertujuan untuk menjadikan
perpustakaan itu sebagai kegunaan dan persediaan menghadapi pilihan raya oleh
kerajaan negeri.
Katanya, alasan yang diberikan pihak berkenaan juga
tidak munasabah dan rasional untuk menjadikan perpustakaan desa yang digunakan
pelajar dan orang ramai sejak hampir 10 tahun lalu terpaksa dipindahkan hanya
kerana kepentingan politik.
“Kita buat bantahan ini
dengan mengambil kira beberapa faktor seperti keadaan perpustakaan desa yang ada
sekarang amat strategik kedudukannya dan berada sangat hampir dengan sekolah.
Sebaliknya tempat yang dicadangkan kerajaan negeri pula jauh dari
sekolah.
“Malah lokasi baru itu juga hanya bersebelahan dengan pasar awam
yang boleh mengundang pencemaran bau dan ketidakselesaan kepada pengguna
perpustakaan itu nanti,” katanya pada sidang media, di sini,
kelmarin.
Shahrol Niza berkata, perpindahan perpustakaan desa ke tempat
baru (dewan Cemara) juga boleh mengundang gejala pergaulan bebas kalangan
pelajar sekolah kerana kedudukannya sunyi dan jauh daripada pengetahuan orang
ramai.
“Saya harap pihak kerajaan negeri dan Pejabat Daerah Pendang dapat
kaji semula perpindahan perpustakaan ini dan dapat mengekalkannya di tempat
asal,” katanya.
Dakwaan disangkal pegawai
daerah
Sementara itu, Pegawai Daerah Pendang, Md Nordin Yahya
berkata, pada asalnya, perpustakaan desa berkenaan hanyalah menumpang di pejabat
penghulu mukim Rambai di sini untuk kemudahan orang ramai.
“Dulu pejabat
penghulu ini teruk dan kita nak baik pulih semula bangunan itu. Jadi, kita
terpaksa pindahkan mereka untuk kerja-kerja pembesaran dan sebagainya. Kita
tidak mahu apabila kerja-kerja penambahbaikan dibuat nanti akan menjejaskan
tumpuan dan keselesaan mereka.
“Untuk kebaikan jangka masa panjang juga,
kita tempatkan mereka di tingkat bawah dewan Cemara supaya memudahkan orang
ramai khususnya pelajar untuk mendapatkan bahan rujukan dan
sebagainya.
“Buat masa ini, kita kekalkan dahulu perpustakaan desa di
dewan tersebut sehingga kita dapat satu tempat yang lebih baik dan sesuai,”
katanya.
Dalam pada itu, Md Nordin turut menyangkal dakwaan bahawa
pihaknya akan menjadikan perpustakaan desa tersebut sebagai urusan persediaan
menghadapi pilihan raya.
“Perpindahan perpustakaan ini tiada kaitan
langsung dengan kepentingan politik. Ini mungkin mereka telah salah
faham.
“Seperti yang kita tahu, pejabat penghulu secara tidak langsung
memang terlibat dengan urusan pilihan raya. Mungkin diadakan sebagai tempat
semakan urusan-urusan tertentu dan sebagainya.
“Bagaimanapun, ingin saya
tegaskan bahawa ini tiada kaitan dengan mana-mana parti politik sebaliknya kita
mahu memantapkan lagi institusi penghulu,” katanya.

Dewan Cemara yang akan dijadikan sebagai Perpustakaan Desa Kubur Panjang yang baru.
Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kubur Panjang (SKKP), Shahrol Niza Omar berkata, pihaknya membantah tindakan tersebut kerana perpindahan itu hanyalah bertujuan untuk menjadikan perpustakaan itu sebagai kegunaan dan persediaan menghadapi pilihan raya oleh kerajaan negeri.
Katanya, alasan yang diberikan pihak berkenaan juga tidak munasabah dan rasional untuk menjadikan perpustakaan desa yang digunakan pelajar dan orang ramai sejak hampir 10 tahun lalu terpaksa dipindahkan hanya kerana kepentingan politik.