Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, March 26, 2013

"Amboimak, tulis dalam Bahasa Melayu pun tak faham, meh sini para pemimpin BN Kedah, kami nak bagi tusyen percuma!!!"


Ketua Pemuda UMNO Kedah (tengah) mendakwa kerajaan negeri Kedah 'mengaku' membina masjid

Kenyataan media Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Haji Zulkifli Yahaya berhubung isu kononnya PAS dakwa membina 12 masjid di negeri Kedah.

1. Saya bersedia untuk mengajar tusyen Bahasa Melayu secara percuma kepada Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim serta serta para pemimpin BN negeri ini yang tidak memahami maksud ayat: “Sebanyak 12 buah masjid telah dibina sejak 2008 sebagaimana senarai berikut: ... (senarai 12 buah masjid tersebut)” yang terkandung dalam buku Sayangi Kedah Sejahtera yang dikeluarkan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah.



2. Ayat tersebut langsung tidak menyebut bahawa, ia telah dibina menggunakan sumber kewangan kerajaan negeri semata-mata. Lebih teruk lagi jika mereka memahami maksud ayat tersebut sebagai ‘PAS mengaku membina masjid’.

3. Untuk maklumat pihak yang keliru dengan isu pembinaan masjid, perkara paling penting yang perlu mereka fahami ialah urusan masjid atau segala perkara yang berkaitan dengan agama Islam adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri yang dinaungi terus oleh KDYMM Sultan negeri Kedah.





4. Pembinaan masjid tidak dapat lari dari tanggungjawab pihak berkuasa agama negeri, penyediaan tapak oleh kerajaan negeri, sumbangan kewangan oleh Jabatan Zakat Negeri serta menguruskan sumbangan derma dan wakaf orang ramai. Peranan itu tidak jauh berbeza dengan tugas kerajaan Pusat yang mengutip duit cukai dari rakyat jelata dan cukai terkumpul itu yang disalurkan untuk membina masjid. Bezanya ialah jumlah peruntukan Pusat lebih besar berbanding Negeri, bersesuaian dengan status, kemampuan dan peranan masing-masing.

5. Senarai pembinaan 12 buah masjid itu dimasukkan dalam buku Sayangi Kedah Sejahtera sebagai menjelaskan tohmahan bahawa sepanjang satu penggal pemerintahan Pakatan Rakyat tiada masjid yang terbina di Kedah. Di samping menjelaskan bahawa kerajaan negeri tetap berperanan dalam urusan pembinaan masjid.

6. Kepada pihak yang beriya-iya untuk mengaku menjadi ‘hero bina masjid’ eloklah menghentikan tindakan kebudak-budakan itu. Apa yang lebih penting sebagai umat Islam ialah memakmurkan Rumah Allah bukan setakat berbangga kononnya mereka adalah jaguh bina masjid, sedangkan sumber pembinaan masjid itu pun adalah dari hasil cukai yang dikutip dari rakyat dan korporat. 

7. Bagaimanapun saya berterima kasih kepada pihak yang mensensaikan isu ‘pembinaan masjid’ ini kerana akibat tindakan tersebut maka buku Sayangi Kedah Sejahtera mencari buruan orangramai sehingga ia terpaksa diulang cetak.


ZULKIFLI YAHAYA
Pengarah
Urusetia Penerangan
Kerajaan Negeri Kedah.
9.45 am 26 Mac 2013

Warta Darul Aman

Arkib