Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, March 4, 2013

Tuduh Anwar bawak masuk tentera Sulu ke Sabah: Pemfitnah 'Syaitan Dikenali' disaman RM200 juta!!


KANTOI! Anwar Ibrahim SAMAN Utusan Meloya & TV3Suku RM200 JUTA!



Utusan Malaysia dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) bakal berhadapan dengan saman RM200 juta jika enggan membuat permohonan maaf berhubung laporan mengaitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam kes warga Filipina menceroboh Lahad Datu, Sabah.

Tempoh 24 jam itu yang bermula hari ini.

Anwar menuntut Utusan dan TV3 masing-masing membuat permohonan maaf secara terbuka.

Beliau yang diwakili firma Daim & Gamany menggesa Utusan membuat permohonan maaf ekoran laporan pada muka hadapannya bertarikh 2 Mac dengan judul "Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?" dan di muka 10 akhbar itu dengan laporan susulan berjudul "Tiga kumpulan jadi dalang".


TV3 juga dikatakan menggunakan istilah dalang dalam mengaitkan Ketua Umum KEADILAN itu dalam insiden tersebut melalui siaran Buletin Utama pada hari yang sama.

Warta Darul Aman

Arkib