Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Saturday, March 16, 2013

Tudia!!! Fitnah terbaru puak Setan Dikenali terhadap Anwar



PANAS! Siri Terbaru Fitnah Umno Terhadap Anwar Bermula! Gambar Bercium Tersebar!


Sebuah blog yang baru saja diwujudkan beberapa hari lalu telah mendedahkan gambar-gambar skandal terbaru kononnya dilakukan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bakal menggemparkan dunia politik tanahair. 

Jika sebelum ini Trio Datuk T mendedahkan sebuah video skandal 'Anwar' dengan seorang pelacur China, kini gambar 'Anwar' sedang melayani lelaki muda pula didedahkan oleh blog terbabit.

Blog itu memaparkan beberapa keping gambar menunjukkan 'Anwar' bersama seorang lelaki. 

Blog tersebut mendakwa 'Anwar' dan lelaki tersebut mempunyai hubungan di luar batas norma masyarakat.


Difahamkan video berkenaan skandal ini akan dikeluarkan tidak berapa lama lagi oleh blog berkenaan.

Blog pro-Umno mula memainkan kerja jahat mereka sejak kelmarin manakala identiti lelaki yang dicium 'Anwar' itu masih belum diketahui.

Berdasarkan penelitian terpeinci terhadap gambar-gambar yang didedahkan, jelas ia satu lagi fitnah terancang yang dilakukan Umno untuk menyekat kemaraan Anwar sesudah bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim menyertai KEADILAN baru-baru ini.

Pendedahan ini tidak dikeluarkan melalaui blog pemfitnah tegar Umno seperti Papagomo dan Parpukari kerana sudah tidak mempunyai kredibiliti setelah video Datuk T jelas palsu dan bohong semata-mata.

Persoalan besar di sebalik gambar-gambar separuh lucah ini adalah, mengapa kesemuanya berbentuk hitam putih kabur separa warna sedangkan kamera CCTV paling canggih berlambak di pasaran dan boleh membezakan paparan asli atau palsu?

Apa yang memalukan ialah fitnah terancang terhadap Anwar akan terus dilakukan sehinggalah rakyat percaya bahawa Anwar sebenarnya yang terlibat, padahal ia adalah sebaliknya.



KALI INI 'ANWAR' KELIHATAN BERTUBUH SASA.. PERUT TIDAK LAGI BUNCIT, TETEK TAK LABUH DAHH... MACAM ORANG MUDA HE HE...




Warta Darul Aman

Arkib