Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Friday, March 1, 2013

Tahniah BN Kedah! Ternak pusat judi haram...


Taniah !!! Inilah Salah Satu Kejayaan BN Di Kedah


Semua tahu pusat judi yang beroperasi secara haram adalah di bawah tanggungjawab pihak polis untuk mengambil tindakan membanterasnya.. Polis adalah di bawah kerajaan BN Pusat... Jika pusat judi haram bertambah secara berleluasa maka jelas ia adalah kegagalan UMNO BN. Konon hebat sangat perjuang kalimah Allah tapi pusat judi yang Allah larang boleh beroperasi dengan mudah.



Sik: “Tolong tuan, jangan tangkap saya. Ini semua wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk ibu saya, bukan wang judi tuan,” demikian reaksi seorang lelaki lingkungan 20-an selepas sepasukan polis menyerbu lokasi ‘mini kasino’ berhampiran Kampung Chong, dekat sini, awal pagi semalam.

Sumber berkata, ketika diserbu kira-kira jam 9 malam, sepasukan anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah diketuai Inspektor Mohd Nasrul Faiz mendapati 20 lelaki asyik membuat taruhan tanpa menyedari kegiatan mereka sedang dipantau.

Menurutnya, difahamkan, sekumpulan lelaki terbabit memilih lokasi ladang buah-buahan bertingkat itu berikutan ia dapat melindungi kegiatan mereka selain mudah untuk tahi judi mengesan kehadiran pihak berkuasa. “Pada mulanya, lelaki itu merayu kepada anggota polis supaya tidak menahannya kerana mendakwa membawa wang tunai RM150 selepas mengambil wang itu daripada JKM untuk bantuan ibunya yang sedang sakit.

“Pemerhatian yang dilakukan sebelum itu mendapati lelaki terbabit adalah antara 20 lelaki ‘tahi judi’ yang menjadi pelanggan setia di mini kasino itu,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus D7 IPK Kedah Asisten Superintendan Shaari Yaakob berkata, anggotanya menghadapi kesukaran melakukan serbuan di lokasi mini kasino terbabit kerana mempunyai empat ‘pos kawalan’ di sepanjang laluan sebelum tiba ke lokasi berkenaan.

Katanya, setiap pos kawalan itu dijaga oleh beberapa individu yang dilengkapi dengan ‘walkie-talkie’ bagi memaklumkan kepada setiap penjaga pos terbabit berhubung sebarang kenderaan yang masuk selain memaklumkan kepada penjaga mini kasino jika ada kenderaan yang mencurigakan melalui kawasan sekitar.

“Kami terpaksa masuk mengikut laluan alternatif memandangkan jalan berkenaan dijaga rapi oleh pengawal mini kasino itu. Selain itu, serbuan menghadapi kesukaran apabila kedudukan mini kasino itu terletak di bawah teres tanaman bertingkat.

“Ketika serbuan dilakukan di lokasi itu, ada antara tahi judi terbabit meloloskan diri ke kawasan hutan berhampiran walaupun kepungan sudah dilakukan di kawasan sekitar, namun sebahagian mereka berjaya ditahan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.
-HM

Warta Darul Aman

Arkib