Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, March 14, 2013

Sebelum serang Kerajaan Negeri Kedah, jawab dulu kerugian RM403 juta angkara BN -Setiausaha Perhubungan PAS


Ahmad Maslan hanya mahu 'menyedapkan hati sendiri'


ALOR SETAR - Kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan bahawa Kedah adalah negeri yang paling mudah ditawan oleh BN berbanding tiga buah negeri lain, hanyalah kenyataan untuk 'menyedapkan hati sendiri'.

Demikian ulasan yang dibuat oleh Setiausaha Perhubungan PAS Kedah, Ustaz Musodak Ahmad ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO tersebut.

"Ahmad Maslan kata kemenangan Pakatan pada PRU12 sebagai tipis, adakah dia melihat realiti bahawa PR menang 22 dari 36 kerusi DUN dan hanya memerlukan dua sahaja kerusi bagi mendapat mandat dua pertiga? Manakala bagi kerusi Parlimen PR menang 11 dari 15 kerusi parlimen," ujarnya.


Menurut Musodak, selepas lima tahun mentadbir rakyat dapat melihat dengan jelas pelbagai perubahan ke arah kebaikan yang dibawa oleh kerajaan negeri dan ini menambahkan lagi keyakinan rakyat untuk mempertahankan kerajaan yang ada.

"Ekonomi berkembang pesat, banyak kawasan perumahan dan pusat perniagaan baru dibangunkan dalam masa lima tahun, pelaburan masuk jauh lebih baik misalnya dalam masa lima tahun pertama KHTP cuma RM4.7 billion masuk tetapi lima tahun PR pelaburan masuk RM10.83 billion.

"Projek Plaza Tunku Yaakob yang terabai sejak 30 tahun dapat kita selesaikan dalam masa dua tahun dengan membangunkan projek berskala lebih besar, pembangunan insan lebih pesat dengan kewujudan ILBAS menganjurkan pelbagai kem latihan.

"Terlalu banyak catatan kejayaan kalau mahu disebut, tetapi malang tidak disiarkan oleh media arus perdana kerana mereka khuatir rakyat tahu dan ia menjadi 'ancaman' kepada BN," katanya.

Mengenai isu KUIN dan pembalakan yang disentuh Ahmad Maslan, Setiausaha Perhubungan itu menjelaskan bahawa ia adalah isu basi yang diulang-ulang. Isu pembalakan telah diperjelaskan dan rakyat Kedah umumnya sudah faham mengenai projek pembangunan yang mahu dilaksanakan. Manakala isu KUIN sengaja ditimbulkan untuk menutup kejayaan kerajaan negeri membangunkan kampus induk KUIN bernilai RM330 juta di Kuala Ketil.

Menyentuh mengenai saranan Ahmad Maslan supaya pembangkang di Kedah terus menyerang kerajaan negeri, Musodak dengan sinis berkata, sebelum serang BN Kedah kena jawab dulu isu Bongkar RM403 juta.

"Lebih sebulan BN Kedah diserang mengenai 11 projek biawak hidup tinggalan mereka yang merugikan duit rakyat mereka tak mampu nak jawab sepatah pun, kini nak serang pula kerajaan negeri.. elok jawab dulu sebelum serang," ujarnya.

Warta Darul Aman

Arkib