Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, March 31, 2013

Sapa nak tengok live... samseng Perkasam mengganas kat ceramah Anwar malam ni jom pi ramai-ramai, mesti brutal punyalah!




Sembilan NGO buat laporan polis berhubung ceramah Anwar di Mergong
31 Mac 2013

ALOR SETAR - Sembilan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis mengenai program ceramah yang dijadual  disampaikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Wira, Mergong di sini malam ini yang didakwa akan menggangu ketenteraman penduduk. 

Laporan itu dibuat Yang Dipertua Pertubuhan Silat Garuda Malaysia, Mansor Ahmad di Ibu Pejabat Polis Kota Setar di sini. 

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mansor berkata ceramah yang dijadualkan pada 10.30 malam ini di padang bola yang terletak berdekatan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) itu dibimbangi akan mencetuskan kekecohan. 

Wakil penduduk Taman Wira, Mohd Zubir Abd Rahman, 43, berkata penduduk taman menentang keras kehadiran Anwar kerana  ceramah boleh menggangu ketenteraman mereka. 

"Kedudukan padang bola di tengah-tengah kawasan taman perumahan sudah tentu mengganggu anak-anak yang mengulang kaji  pelajaran pada waktu malam untuk menghadapi peperiksaan. 

"Kita tahu Anwar bila mai (datang), orang-orang dia agresif...semua penduduk menjadi tidak selesa. Kalau dia nak tawan Putrajaya  bukan di sini tempat untuk berceramah," katanya sambil mendakwa ceramah itu tidak mendapat permit. 

Antara sembilan NGO itu ialah Badan Generasi Perihatin (BG3R), Pegerakan Pemuda Umno Cawangan Blok B Taman Wira, Skim  Rondaan Sukarela Perumahan Awam Mergong dan Perkasa Kota Setar. - Bernama

Warta Darul Aman

Arkib