Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, March 4, 2013

Patutlaa Datuk Hishamuddin kata tentera Sulu bukan pengganas, geng depa rupanya... haprak punya UMNO PENGKHIANAT NEGARA!!!


[GEMPAR] Anwar suruh NAJIB terima SULTAN SULU jadi AHLI UMNO...lepas tu bagi pulak penempatan...

Gempar!! Media Filipina Dedahkan Najib Telah Janjikan Penempatan Untuk tentera Sulu Di Sabah



Laporan dari portal berita Filipina, Inquirer News yang melaporkan seperti perkara di atas digunakan oleh Blogger Pro UMNO untuk mengaitkan pertumpahan darah di Sabah dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dan laporan dari Blogger Pro UMNO itu telah dipetik pula oleh Utusan Malaysia untuk menimbulkan persepsi buruk masyarakat Melayu yang membaca Utusan terhadap Anwar.

Seterusnya pula TV3 memetik pula apa yang disiarkan oleh Utusan yang menyebut laporan media Filipina kononnya memetik sumber risikan mendapati ada pihak tertentu yang dikatakan rapat dengan Anwar Ibrahim telah berjumpa dengan Nur Misuari.
Fitnah ini menyebabkan Anwar benar-benar kecewa dan beliau bercadang untuk memfailkan saman sekali lagi terhadap Utusan.

Ini pula adalah satu lagi laporan dari portal berita Filipina yang disiarkan pada 21 Februari 2013 yang mendedahkan antara sebab mengapa Tentera Sultan Sulu menceroboh Sabah.

Manila Bulletin memetik kenyataan oleh Nur Misuari , pengerusi Moro National Liberation Front (MNLF) yang mendakwa Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ada menjanjikan tanah atau penempatan di Sabah kepada tentera Sultan Sulu..

Jadi.. bukanlah satu perkara yang menghairankan lagi kini mengapa Tentera Sultan Sulu yang lengkap bersenjata itu boleh melepasi kawalan di perairan negara oleh TLDM, APMM dan Polis Marin..
Mereka datang untuk menuntut perkara yang dijanjikan terhadap mereka oleh Presiden UMNO rupanya..
Patutlah sepupu Najib yang jadi Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien sendiri mengistiharkan mereka bukan pengganas..
Selain itu perlu juga kita tahu bahawa pemimpin-pemimpin Sulu adalah jemputan Khas ke Persidangan Agung UMNO pada tahun 2012 yang lalu..
ini gambarnya..



Mungkin Anwar yang arahkan Najib supaya menjanjikan penempatan untuk Tentera Sulu tu kot???


~anak sungai derhaka

Warta Darul Aman

Arkib