Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan kebimbangan bahawa gangguan yang dikesan acara ceramah politik (anjuran Pakatan Rakyat) mungkin akan bertambah buruk menjelang pilihan raya umum.
hishammuddin hussein gombak bn youth 240313Katanya, beliau maklum bahawa jumlah polis yang bertugas di lapangan tidak memadai namun kerajaan akan mengerahkan sumber dari agensi berbeza untuk memastikan pilihan raya umum berlangsung dengan selamat.

“Saya nampak ia bertambah buruk dan cara untuk menanganinya adalah (agar) semua pihak terlibat (bekerjasama).

“Saya tahu polis sudah merancang untuk memastikan proses pilihan raya umum berjalan dengan selamat tetapi polis di lapangan tidak pernah cukup,” kata Hishammuddin ketika menghadiri satu perhimpunan Pemuda BN di Gombak, Selangor hari ini.

Maka, pertubuhan sukarela seperti RELA dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia akan ditugaskan untuk mengawal keadaan, katanya.