Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, March 3, 2013

Mengapa tiada seorang pun pemimpin BN Kedah berani jawab isu ini???


Keluaq balik citer ni sebab 'Melayu mudah lupa'...

Oleh: SAIBURI SUDIN

Pembinaan Sintok Sdn Bhd (PSSB) adalah anak syarikat Permodalan Kedah Berhad. Elaun Ahli Lembaga Pengarah PSSB di zaman BN ialah sebanyak RM20 ribu sebulan. Mereka yang kebanyakan terdiri dari pemimpin Umno juga menerima elaun bulanan antara RM1,000 hingga RM3,000 seorang setiap bulan di samping bonus raya RM3,000.

Tidak kisah jika mereka dibayar elaun yang lebih lumayan dari itu jika GLC yang diterajui menunjukkan keuntungan besar. Tetapi Pembinaan Sintok macam berniaga buluh kasap, modal hilang untung lesap.

Mereka diberi projek membina kompleks baru Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP), auditorium dan Dewan Kenangan Sungai Petani berjumlah RM46 juta.

Projek belum dimulakan, tetapi MPSP telah membayar PSSB sebanyak RM10 juta. PSSB mensubkan kerja tersebut kepada Najwa Bina sebuah syarikat ‘silap mata’ yang dilaporkan tidak tersenarai sebagai kontraktor kelas A untuk melakukan projek besar.

Najwa Bina langsung tiada kemampuan untuk melakukan projek sebesar itu. PSSB membayar Najwa Bina sebanyak RM9.3 juta sebagai bayaran pendahuluan. Bayaran pula dibuat atas nama FBS Bina Sdn Bhd. Ia menjadi tandatanya. Transaksi berlaku pada 4 Mac 2008, sewaktu berlangsungnya pilihanraya umum ke 12. Menurut maklumat dalaman, sebahagian duit tersebut digunakan untuk BN menghadapi PRU ke 12.

Najwa Bina hanya mampu menyiapkan permulaan projek yang dianggarkan bernilai RM2 juta. Kontraktor terpaksa ditukar dan kerajaan negeri yang menanggung kerugian.

Siapakah pemain-pemain kongkalikong dalam isu di atas? Tentulah orang politik BN bersama beberapa KCS yang bersubahat dengan mereka. Siapakah mereka itu?

Warta Darul Aman

Arkib