Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, March 19, 2013

Mai pakat pikiaq secara rasional mengapa Kerajaan Pakatan perlu dipertahankan di Kedah dan mengapa BN wajib dikalahkan di Putrajaya?


Kemantapan hubungan antara kerajaan dan Istana, melicinkan urusan pentadbiran serta keharmonian antara rakyat berbilang bangsa, agama dan ideologi.


MENGAPA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT KEDAH PERLU DIPERTAHANKAN?

1. Baru satu penggal mentadbir, jika mandat bertukar maka semua program kebaikan untuk rakyat yang telah dimulakan akan tergendala atau terhenti terus.

2. Baru satu penggal memerintah catat kejayaan luarbiasa dalam pentadbiran. Jika mandat disambung, insyaAllah lagi banyak kejayaan akan dibuat.

3. BN tadbir Kedah 50 tahun penuh kepincangan, jika mereka diberi peluang semula maka dikhuatiri prestasi buruk mereka akan berulang.




MENGAPA KERAJAAN BN PUSAT PERLU DITURUNKAN?

1. Terlalu lama memerintah, sejak merdeka (56 tahun) kerajaan Pusat tidak pernah bertukar. Lumrahnya pihak yang terlalu lama berkuasa akan lupa diri, sombong, sukar mendengar pandangan lain dan rasa aku saja yang betul. Terlalu lama berkuasa boleh dianggap ‘nyanyuk dan berpenyakit’. Sikap ini merbahaya pada negara.

2. Budaya rasuah berakar umbi dalam kerajaan di semua peringkat yang menyebabkan negara kehilangan berbilion ringgit wang negara. Budaya rasuah ini hanya boleh dihapuskan dengan menurunkan peneraju yang ada; atau menukar kerajaan berimej rasuah yang mentadbir Pusat.

3. Jika kerajaan bertukar (setelah lama berkuasa) maka mereka yang mendapat mandat baru dari akan lebih beramanah kerana sedar mereka boleh kalah dalam pilihanraya jika khianati amanah rakyat. Ia mewujudkan kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab.

Warta Darul Aman

Arkib