Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, March 6, 2013

Koi lambat PRU koi ramai sokong Pakatan... ni sorang lagi bekas Jenderal sokong PR


Walaupun Pakatan Rakyat teruk dihentam oleh Barisan Nasional (BN) kononnya mempolitikkan isu serangan puak penceroboh Sulu di Sabah, namun hakikatnya semakin ramai pula bekas panglima angkatan tentera menyertai pakatan tersebut!

Sebentar tadi, seorang lagi bekas panglima tentera darat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral (B) Md Hashim Hussein (dua dari kiri) secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Majlis tersebut berlangsung secara sederhana di ibu pejabat parti di Merchant Square, Petaling Jaya, Selangor.

Turut berada bersama Md Hashim ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Naib-Naib Presiden iaitu Chua Jui Meng dan Tian Chua serta ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul.

Md Hashim merupakan seorang bekas panglima angkatan tentera yang popular kerana beliau pernah berlakon dalam beberapa filem berunsurkan ketenteraan seperti Darah Satria yang pelakon utamanya adalah Aman Shah dan Lydiawati sekitar tahun 1983.


Beliau menjawat jawatan tersebut bermula dari 1 Januari 1999 sehingga bersara pada 31 Disember 2002.

Sementara itu dalam sidang media yang sama, Anwar berpendapat pencerobohan Lahad Datu oleh kumpulan bersenjata, sepatutnya boleh ditangani dengan segera.

Berdasarkan penerangan bekas-bekas jeneral kanan tentera yang menyertai KEADILAN, beliau percaya ketumbukan tentera Malaysia mempunyai kekuatan untuk menangani pencerobohan itu dalam masa singkat.

“Perkara ini boleh ditangani dengan segera kerana saya percaya dengan kapasiti pasukan keselamatan kita.“Dan kami beruntung kerana kita mendapat penerangan dari bekas jeneral kanan askar yang menerangkan keadaannya dan kemungkinan ia boleh ditangani dengan pantas,” katanya.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian pada sidang media selepas satu forum anjuran pejabat beliau di Kuala Lumpur petang semalam.

Memetik laporan Malaysia Kini, Anwar turut menegaskan bahawa kerajaan perlu mengambil sikap “bersedia dan tegas” dalam dasar keselamatan mereka.

“Apabila berurusan dengan kumpulan militan, kerajaan perlulah bersedia dan tegas.“Itu sewajarnya telah jelas dalam polisi keselamatan kita,” katanya sambil menambah, rakyat Malaysia bukan menentang orang Sulu tetapi menentang penceroboh bersenjata.

Beliau turut menyeru agar isu pencerobohan yang merupakan isu keselamatan negara tidak dikaitkan dengan isu pilihan raya.

“Saya lebih gemar mengasingkan isu berkaitan keselamatan nasional ini daripada isu pilihanraya,” katanya.

Tahniah Tan Sri!

Selamat datang ke dalam Pakatan Rakyat!

JALAN PULANG 




IKLAN

Warta Darul Aman

Arkib