Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, March 12, 2013

Kehebatan Anwar seorang mengatasi kekuatan sebuah negara... wuyooo super superr superrmannn!!!! up up and away


Oleh: Ayaq Ketom Pekan Naka


Mai pakat baca pendedahan mengejutkan kat bawah ni, tapi sebelum baca tu kena angkat tempurong otak dan keluarkan otak dari kepala terlebih dahulu kerana pendedahan kononnya oleh Wikileaks hanya layak dibaca oleh manusia tidak berotak.. kah kah kahh!!!

Sebelum baca tu, meh aku nak bagi satu kesimpulan dekat hangpa iatu Bakal PM Malaysia memang seorang yang sangat hebat, bayangkan kekuatannya sehingga menyebabkan para pengganas Sulu boleh masuk ke Malaysia dengan mudah, masuk dengan pelbagai senjata sehinggakan empat lapis pertahanan Malaysia yang canggih tidak dapat berbuat apa-apa. Itu baru jadi ketua pembangkang, aku ingat bila jadi PM esok.. fuhh Amerika Syarikat pun Malaysia boleh tawan.

Okaylah mai pakat baca sebuah pendedahan dibuat oleh pecacai upahan UMNO hasil tarbiyah menipu yang diperolehi dari Yahudi APCO... selamat membaca, he he..




1. RM6 juta adalah sebahagian kos yang dibelanjakan oleh Suaram untuk membiayai pengganas Sulu yang menceroboh Sabah dan membunuh anggota keselamatan.Tanpa bantuan kewangan pengganas ini sudah pasti tidak akan mampu membeli senjata yang moden kerana harganya yang sangat mahal.


Petikan dari Mynewshub:



“Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan.



“Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.



“Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer).,” lapor laman itu lagi. M-16, M-14 – Rifle untuk penembak tepat, Light Machine Gun – LMG, General Purpose Machine Gun – GPMG, M203 – grenade launcher, AK47, Bom tangan (dipercayai dimiliki kumpulan berkenaan), Rocket Propelled Grenade – RPG (Anti kereta kebal) antara senjata yg dipercayai di gunakan oleh pegganas ini.



2. Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata. Menjadi tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17hb Januari iaitu 24hari sebelum pendaratan penceroboh keatas Sabah pada 11 Februari 20113.


3. Yang pasti kapal perang tersebut sengaja belayar keluar dari laluan asalnya dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang dikawasan Tubbataha Reef.

4. Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti. Timbalan Pengerusi WWF-Filipina ,Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang tersebut.

5. Berdasarkan risikan Filipina,kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut dikawasan terumbu tersebut,ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina

6. Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa gesa. Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan dimedan perang.

7. Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang barang.Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia. Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.

8. Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan keatas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar dibelakang Jamalul Kiram III. Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih didalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.

9. Penglibatan Anwar,Tian Chua dan Sivarasa makin hari makin terdedah,penafian dan diversi isu digarap dan dilemparkan seluas mungkin. Matlamat Anwar hanya mahu mengkambing hitamkan pengganas Sulu semata mata mahu membuktikan bahawa negara tidak selamat dibawah pemerintahan BN.

10. Terkini wikileaks DISINI mendedahkan bahawa Nur Misuari telah merancang untuk menyerang Sabah seawal 2007,setelah mendapat bantahan daripada pentadbiran Tun Abdullah Badawi pada ketika itu,Nur Misuari telah membatalkan hasrat beliau untuk menyerang Sabah.

11. Maklumat yang didedahkan oleh wikileaks juga menyatakan Anwar mempunyai hubungan yang rapat dengan Nur Misuari.Malah turut mendedahkan Anwar beberapa kali mengadakan pertemuan dengan Nur Misuari.


Warta Darul Aman

Arkib