Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, March 24, 2013

KANTOI: AKHIRNYA TOK MAT BASHAH MENGAKU MENIPU!!!

Tiada Cawangan PAS di Tunku Yaakob Alor Setar dan tiada ahli PAS bernama 'Ahmad Man' di situ



Oleh: Mat Kering

Dato' Mat Bashah buat pasai pulakkk... terpampang muka dalam sebuah akhbar harian pembohong nombor satu di Malaya iaiatu Utusex Meloya, kononnya 72 ahli PAS masuk UMNO di Taman Tunku Yaakob. Alahai Mat Bashah oiii walaupun MK ni orang Taman Wira tapi Alog Setag tu kawasan jajahan takluk aku... maksudnya aku berada dan berjuang dalam PAS Kawasan Alor Setar, takkan aku tak tau status cawangan PAS Kawasan.

Untuk pengetahuan rakyat jelata 1Malaya... tiada cawangan PAS di Taman Tunku Yaakob tapi penyokong PAS tak dinafikan di mana-mana ada, termasuk yang bekerja di ibu pejabat UMNO Kedah tu pun ada penyokong PAS (jangan terkejut nooo) tapi tiada ahli PAS yang bernama Ahmad Man di situ! Jelas ityu satu pembohongan oleh media2 talibarut APCO dan Tok Mat Bashah.


MK tau populariti Tok Mat Bashah sudah menjunam dipintas oleh Mukhriz dalam usaha menjadi MB Kedah dalam khayalan, jadi dia kena buat sesuatu untuk lonjakkan dirinya semula. maka program 'ahli UMNO masuk UMNO' ini pun dirancang oleh Mat Bashah.

Menurut sumber dalaman, Mat Bashah sendiri mengakui bahawa itu semua adalah sandiwara sebagai perang saraf untuk rakyat menolak PAS. Hang nak 'perang saraf' pun toksah sampai berbohong Mat Bashah woi, zaman ICT ni 5 minit lepas bohong satu dunia tahu bahawa hang pembohong besar, memang layaklah Mukhriz jatuhkan hang!

Warta Darul Aman

Arkib