Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, March 17, 2013

Kalau kerja menyepin, setan pun salute puak ni...



Menteri Besar Kedah memberitahu bahawa kerja pembinaan asrama KUIN tergendala akibat kes runtuhan Stadium Darul Aman. Infonya sangat mudah, akibat runtuhan stadium tu maka JKR Pusat mengarahkan semua kerja pembinaan di seluruh negara menggunakan bahan binaan mengikut spesikifikasi tertentu yang lebih menjamin keselamatan. Tentulah akibat arahan itu, maka semua pihak yang terbabit dengan pembinaan khususnya berskala besar akan menerima kesan untuk jangka masa pendek.

Contohnya mudah saja, bila berlaku runtuhan banglo di Selangor hari tu maka semua pembinaan yang dibuat dilereng bukit diarah dihentikan sementara sambil JKR mengeluarkan arahan-arahan tertentu kepada semua pihak yang terbabit sebelum meneruskan projek mereka. Kalau ada projek bina banglo dilereng bukit di Sabah misalnya, maka ia turut terikat dengan arahan JKR pusat sekalipun Sabah dan Selangor jaraknya sangatlah jauh.

 
Maka demikianlah apabila runtuh stadium di Terengganu (yg terkenal dengan pelbagai keruntuhan) maka pembinaan bangunan untuk kegunaan awam di tempat lain juga akan terima 'gangguan' atau arahan JKR Pusat. Tetapi yang dispin oleh media maya UMNO ialah kononnya MB kata, tembaga kat KUIN untuk bina asrama tu kena hantar pi Terengganu buat bina stadium, jadi tak cukuplah bahan tembaga untuk bina asrama, maka bodohlah alasan yang diberi oleh MB tu... adoihaii mak oiii, aku tepuk dahi puak2 ni punya spin.

Depa punya spin setan pun tabik spring, salute!!!

Warta Darul Aman

Arkib