Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, March 31, 2013

Hoi Mukhriz, sapa Ketua BN Kedah? Hang ka Datuk Bashah?

(Semua program besar anjuran BN Negeri hanya mengundang Datuk Mukhriz dan memulaukan Datuk Ahmad Bashah)

Sepatutnya yang buat kenyataan macam ni ialah Pengerusi Perhubungan BN Kedah tapi pelik pula tiba-tiba Mukhriz yang cuma Timbalan Pengerusi UMNO boleh bercakap bagi pihak BN Kedah. Ni yang Tok Mat Bashah marah ni... belum apa-apa dah naik tocang.

Itulah senario perpecahan dalaman UMNO Kedah antara kem Mukhriz dan Mat Bashah, masing2 nak tunjuk kuasa dan pengaruh. Akibatnya... ehemmm, insyaAllah BN Kedah akan kojol lagi untuk PRU 13 ni sebab belum masuk gelanggang dah bertokak hang aku.

Mai baca nii...


JERLUN, 30 Mac — Calon Barisan Nasional (BN) Kedah pada pilihan raya umum akan datang belum dimuktamad namun mereka yang boleh menang sahaja yang akan dipilih, kata Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak masih mahu melihat pandangan beberapa pihak lain sebelum memuktamad senarai calon walaupun keutamaan adalah senarai yang dikemukakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
"Dalam pertemuan dengan perdana menteri semalam, beliau meletakkan calon mesti boleh menang sebagai kriteria utama untuk dipilih," kata Mukhriz kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyaksikan penyerahan perjanjian kolaborasi antara Malaysia Automotive Institute dengan Institut Latihan Perindustrian Jitra dan Politeknik Sultan Abdul Halim.
Beliau berkata, perbincangan dengan Najib turut menyentuh usaha menawan kawasan kuat pembangkang.
Katanya, calon yang bakal ditampilkan kali ini melalui proses tapisan ketat termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan dari segi kesihatan.
Terdapat keseimbangan antara calon lama dan baru yang pertama kali dipilih bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, tambahnya.
Mengenai komen Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi berpengaruh kerana kerap turun berjumpa rakyat, Mukhriz berkata, beliau tidak perlu risau dengan komen itu yang membawa maksud Azizan merasa tergugat dengan keadaan demikian. — Bernama

Warta Darul Aman

Arkib