Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, March 20, 2013

DEBAT RM403 JUTA BERMULA!... mai pakat ikuti, jeng jengg...


AUTA VS FAKTA



Oleh: Saiburi Sudin

Satu-satunya isu di Kedah yang aku tunggu sampai janggut pun beruban tapi takdak seorang pun pemimpin UMNO BN boleh jawab ialah isu KERUGIAN DUIT RAKYAT RM403 JUTA ANGKARA BN DAHULU YANG DITANGGUNG OLEH KERAJAAN KINI. Puas juga menunggu, macam tunggu tarikh bubar Parlimen, tapi tak seorang pun pemimpin UMNO BN mahupun para pahlawan maya mereka di alam siber yang berani jawab. Bukan apa kalau depa jawab aku nak jawab balik... pagi tadi entah mengapa aku terlebih rajin hari ni maka bukalah blog-blog UMNO BN yang tak terkenal kot-kot ada isu menarik, maka terjumlah isu RM403 konon-konon macam nak bagi jawapanlah... hakikatnya bukan ada fakta pun, main sedap tulis... agaknya kerana nak lena malam tak boleh sedap terminum kopi O, jadi penulis blog tu pun merapu ikut dann macam tuulah. Oleh kerana itulah saja satu2nya ‘jawapan’ yang ada dalam dunia ini maka aku petik sebahagian ‘jawapan’ tu untuk aku ber jawapan balik berdasarkan fakta.

(Nota: Teks yang biru tu kelentongan blogger UMNO, yang hijau jawapannya)

RM403 JUTA. SELEWENG, KONON..... 

Buat roadshow cerita cerita pada orang kampong yang PAS tok-tok memanglah puak tu percaya. Kononnya benar-benar berlaki penyelewengan. Walhal hampir 90% daripada projek yang disebut, bepuluh-puluh ribu rakyat negeri Kedah menikmatinya hingga ka hari ini. 10% lagi nampak kegagalannya, itu lumrah.

Yang menariknya, diantara projek yang dinyatakan oleh Unit pembohongan (penerangan-kutuanya Zulkifli Yahaya) PAS itu adalah merupakan projek yang ditolak dan diterajang oleh Kerajaan pada zaman pemerintahan BN lagi. Contohnya, Taman Antarabangsa Merbok. Jadinya, tidak timbul berlaku penyelewengan.

Tadi kata 90% projek beri manfaat untuk rakyat, kini kata projek itu sudah ditolak oleh BN dulu lagi. Hujah tak konsisten. Taman Antarabangsa Jerai (bukan Merbok) itu memang batal tapi  perjanjian dgn pemaju tak batal.Sebuah syarikat besar dalam proses menyaman kerajaan negeri Kedah sebanyak RM60 juta ekoran kegagalan projek Jerai International Park pada masa Tan Sri Osman Aroff menjadi menteri besar. Syarikat itu dikatakan mendapat pembiayaan dari pihak tertentu di Qatar untuk projek JIP.

Kerajaan pada masa itu melalui Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah mengadakan perjanjian dengan sebuah syarikat untuk melakukan usahasama membangunkan Jerai International Park di atas tanah seluas 1,145 ekar dengan nisbah 40 peratus PKB dan 60 peratus syarikat tersebut. Bagaimanapun apabila projek raksasa itu dibatalkan kerajaan negeri tidak berunding atau membuat penyelesaian dengan pihak berkenaan. Kerajaan negeri sedang menunggu perbicaraan dan mereka dijangka menuntut gantirugi RM60 juta, dan sebanyak RM22 juta daripadanya adalah melibatkan cadangan tanah untuk projek perumahan.

30 ribu rakyat berhimpun di Alor Setar mendesak BN membayar balik RM403 juta.


Perojek Yayasan Islam. Apadia?. Kebanyakannya Yayasan Islam menjadi rakankongsi. Apa yang Yayasan Islam rugi, dan penylewengannya, apadia?. 

YIKed di bawah pemerintahan BN lalu gagal menyelesaikan masalah tanah yang telah dipersetujui bersama, dalam projek besar yang dimulakan di zaman Tan Sri Osman Aroff menjadi Menteri Besar.

Long Island Development Sdn Bhd (syarikat bersama YIKed + Long Island Properties) diberi tanggungjawab tebus tanah yang digadai kepada Southern Bank Berhad, tapi gagal tebus lagi 16 keping tanah.

Atas ‘arahan politik’ walaupun tanah tersebut belum dimiliki, Pejabat Tanah Galian dah keluar surat hakmilik dan ubah syarat, dengan kelulusan Majlis Mesyuarat Exco. Jadi, satu tanah ada dua hak milik. Senisinga Sdn Bhd yang mengambilalih pinjaman tidak berbayar (NPL) Southern Finance Berhad menyaman YIKed RM11 juta dan mereka menang di mahkamah. YIKed terpaksa membayar RM11 juta, bayaran dibuat secara ansuran sehingga 15 Ogos 2013.

Apa yang rugi? Rugi RM11 juta kena saman akibat penyelewengan kerajaan lalu keluarkan geran baru atas tanah yang ada geran/pemilik.

Malah Yayasan Islamlah yang menanggung pelajar-pelajar kita di Mesir. Zaman BN perintah, kita melawat mereka di Mesir, mereka terima lawan MB dengan gembira dan terima kasih. Yang kita dapat maklumat dalaman Yayasan Islam Kedah sekarang dalam keadaan nazak kerana takdak duit.

Sekarang pun Yayasan Islam tanggung pelajar kita di Mesir. Baguslah sejak dahulu bantu pelajar tapi kejahatan tidak boleh dihalalkan dengan perbuatan baik. Bapa yang rogol anak tidak wajar dilepaskan begitu sahaja dengan alasan bapa itu juga beri anaknya makan.

Kata projek Kerpan pulak. Tang mana ada penyelewengan?. Tok Arab Benladin kata dia nak invest. Timbul masaalah, kearan orang ramai, tuan punya tanah dijolok oleh puak PAS hingga loya betina cabok dari Penang ajak orang ramai tunjuk perasaan. Atas anisiatif Kerajaan BN pada masa itu urus dengan Kerajaan Persekutuan supada masuk campur. Akhirnya masa Dato' Khazali Hj Din jadi CEO yg sekarang Pengarah UPEN Kedah, dia berjaya beberapa kali sauk udang tu, hingga kini tuan-tuan tanah yang ada saham diprojek udang kerpad, sekarang berdondang saya kerana ada pendapatan tiap-tiap bulan. Jika penyangak PAS berani pi lah kacau depa.

Penyelewengannya tang ni. Projek ternakan udang di Kerpan, Ayer Hitam yang melibatkan beratus-ratus ekar tanah petani diambil pada tahun 1993.. telah berlaku penyelewengan pada tahun 2007 di mana hasil keuntungan projek tersebut tidak dimasukkan ke dalam akaun bersama seperti dalam perjanjian. Satu Perjanjian Pengurusan Projek Ternakan Udang bertarikh 27 Disember 2007 ditandatangani antara Kedah Agro Industries Marketing Berhad (KAIMB) dan Kedah Aquaculture Sdn Bhd (KASB), sebuah syarikat yang ditubuhkan secara bersama antara Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) dengan pegangan nisbah keuntungan 40:60. 

Hasil keuntungan projek tersebut tidak diagihkan seperti yang dipersetujui bersama. Duit itu juga tidak dimasukkan ke dalam akaun khas yang diwujudkan. Ke mana duit keuntungan sebanyak RM6.15 juta itu pergi? Adakah ia masuk ke dalam kantung dana politik UMNO? Pada 5 Jun 2012 Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkan KAIMB membayar KASB sebanyak RM2.16 juta.

Projek 99 East Langkawi, sekarang dalam proses, nanti terimakan keuntungannya, apabila menjadi lapangan golf paertandingan antarabangsa. Jika Tiger Wood tak tua dia boleh main di situ dengan Phahrulrazi dan Amiruddin, golfers didikan PAS. Tak ada selewngannya pun, malah istana KDYMM Sultan ada disitu.....

Projek 990 East Langkawi bermula sejak 15 Januari 2007 di mana perjanjian usahasama dan perjanjian saham ditandatangani oleh KCB dengan Terra Monda Pte Limited iaitu sebuah syarikat yang berpangkalan di England. CEO KCB pada ialah Datuk Tajul Urus Md Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok. Terma perjanjian berat sebelah, di mana PKB perlu menyediakan tanah seluas 360 ekar di Bukit Malut serta segala pengurusan yang berkaitan dengan tanah. Terra Monda (syarikat asing) pegang 80 peratus saham. Mengapa benarkan pihak asing kuasai pemilikan sampai 80 peratus?

Isu besarnya ialah tanah yang dimasukkan dalam perjanjian itu bukan milik KCB. Terpaksa buat pengambilan, urus pampasan terhadap tanah pihak lain yang bukan milik kerajaan negeri, termasuk individu. KCB juga dikatakan akan membina ‘mahligai’ bernilai RM5 juta untuk pihak tertentu (terdapat dalam terma perjanjian, kini harga cecah RM9 juta nilai semasa). Nilai untuk semua kos, termasuk kos luarjangka yang sangat besar itu, premium tanah sahaja RM39 juta.

Sekarang kerajaan negeri sedang berunding dengan Terra Monda untuk membatalkan perjanjian tersebut. Namun penamatan perjanjian juga mempunyai kos yang besar kerana nilai projek sahaja sudah mencecah RM1.2 billion.

Teliwerk: semua orang Langkawi telan air hasil projek tersebut. Jika projek tua tak buat, ASLI yang bawa air dari daratan tak mampun nak suply...... 

Tak salah projek tu... tapi yang tak patutnya ialah perjanjian dibuat untungkan syarikat kroni BN tapi rugikan duit rakyat. 

Di zaman BN, Taliworks dilantik sebagai operator air Langkawi dengan kontrak sehingga 2020. Terma perjanjian sangat merugikan kerajaan negeri kerana kerajaan melalui Jabatan Bekalan Air Kedah (JBAK, sekarang SADA) mengenakan caj kepada pengguna hanya sebanyak RM0.40 untuk satu meter padu air (sekarang RM0.50) tetapi terpaksa bayar kepada Taliworks RM1.92 untuk satu meter padu air. Kadar bayaran terhadap Taliworks itu semakin meningkat setiap tahun seperti tercatat dalam perjanjian. Kerajaan terpaksa tanggung setahun RM25-26 juta, kira-kira RM125 juta untuk lima tahun. Konon perjanjian berat sebelah kerana Taliworks yg bina kabel dasar laut dari darat ke pulau dan logi air tapi sebenarnya kos RM150 juta itu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.


Kuari Gunung Jera: Apa masaalah?. Dah quari tu runtuh hingga nak kena orang kampong Singkiak, permit tarik balik, habis cerita. Tang mana penyelewengannya?...... 

Sampai runtuh, botak sebelah bukit, orang kampung tanggung akibat buruk... hang tanya pulak apa masalahnya?

Sekendel Loji Air Padang Sanai dan Lubuk Buntar: ayaq pancoq dah sampai bedebum-bedebum ka dapoq rakyat, seleweng apaaaaa... SADA pi kutip hasil, dah laaah... 

Kerajaan negeri di zaman BN menolak status geran membina loji pembersihan air di Lubuk Buntar  dan Padang Sanai oleh kerajaan Pusat, sebaliknya mahu status pinjaman.

Pembinaan logi pembersihan air Lubuk Buntar yang berkapasiti 25 juta liter sepatutnya bernilai RM25 juta. Tetapi harganya RM65 juta. Logi pembersihan air Padang Sanai yang sepatutnya bernilai RM50 juta untuk kapasiti 50 juta liter air tetapi dengan sentuhan tangan BN, harganya melonjak menjadi RM155 juta. Pusat nak bagi geran tapi kenapa kerajaan BN negeri tolak tapi terima pinjaman yang kena bayar balik? Mereka menerima pinjaman yang memberi peluang menentukan siapa kontraktornya serta tidak terikat dengan harga berasaskan spesifikasi dari Kementerian.

Kehilangan duit balak di Baling dan Durian Burung: Balak Durian Burung tuuu Al Bukhari bayaq primium tu hampa pi kera, 

Dalam projek Trans Eastern Kedah Interland Highway (TEKIH) dari Durian Burung ke Baling, terdapat beberapa jajaran jalan baru yang menempuh kawasan hutan berbalak. Nilainya berjuta juga. Semua kawasan itu diserahkan oleh MB BN kepada KCB, bukan Al-Bukhary. Mengikut rekod selepas kerajaan bertukar KCB tidak menerima sebarang hasil dari pada kawasan balak itu. Di hujung cerita (apabila PR mengambilalih Kedah Mac 2008), sebuah site office kontraktor jalan dibakar bersama sebuah kereta dan semua dokumen berkaitan kawasan balak yang sudah menjadi jalan itu. Sehingga ini rekod pembalakan yang dianggarkan lebih RM3 juta itu hilang.

Yang parti PAS pi telan duit balak Pedu, Gunung Inas, Rimba Teloi dan Gunung Pongsu hingga beratus-ratus juta tuuuuu hampa tak cakap. Jangan bohong laaaaa... jika 5000 hektar tanah huta hampa botakkan, hasil kayu hampa kata Kerajaan Negeri dapat rm80 juta tuuuu..amat sikit laaaa bodoh. Mana lagi? Dah tentu hampa ambik duit tu nak buat belanja PRU13 ni.

Sengaja aku petik juga tuduhan  itu di sini... saja nak habag bagi UMNO kalau tak fitnah tak nama UMNO. Rukun Nombor 1 UMNO ialah fitnah!

Pembinaan Kompleks MPSPK: dah tersergam kat Sg Patani tu, hampa pi guna jeeeerrr.... Ada yang salah, serah pada SPRM lah.

Kerajaan BN pimpinan Mahdzir Khalid telah meluluskan pembinaan Kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dengan harga siling RM40 juta, dinaikkan menjadi RM46 juta oleh Pegawai Kewangan Negeri pada masa itu. Projek belum bermula tapi pendahuluan sebanyak RM10 juta diberi oleh kerajaan pada awal tahun 2007 kepada Permodalan Kedah Berhad (PKB) selaku kontraktor pemaju. Anak syarikat PKB, Pembinaan Sintok subkan kerja kepada Najwa Bina yang tiada dalam daftar PKK. Duit dikeluarkan sebanyak RM10 juta tetapi kerja tidak berjalan. Kerja terbengkalai, menyebabkan kontraktor terpaksa ditukar. 

Ada lagi isu yang puak penerangan jaja, Muzium Padi Gunung Keriang. Tang mana yang seleweng?. La ni Kerajaan Negeri dok guna tu pasai apa?. Dah kata merugikan, jangan gunaaaa.... robohkan lah...... 

Sah kata penin! Orang sebut penyelewengan Chalet Muzium Padi bukan Muzium Padi. Pi tengok sendiri projek Chalet Muzium Padi yang terbengkalai sejak zaman BN lagi, laa ni jadi rumah bewak, jebon dan ulaq sawa. Projek bernilai RM23 juta serah kat Ekran Holding tapi apa sudah jadi projek tu? Habag sat... hakni tak masuk dalam senarai kerugian RM403 juta.

Projek Celet Pulau Payar. Dah benda tu ada di situ hampa pi urus laaaaa... Setiap minggu pelancung datang, hampa pi urus, semua orang boleh pi situ.Dah hampa tu bodoh tak gheti jaga pelancungan, cakapa pandai. Semua tu boleh jadi duit. Jika hampa tak pandai urus, pajak lah pada orang pandai, belungguk orang nak kan. Bahlol..... 

Nak urus apanya chalet tu tak dapat ‘Sijil Menduduki’ sebab tak cukup syarat... mana boleh buat chalet atas pula besaq kelemboi macam tu, syarat EIA pun tak lepas. Chalet tu dah jadi chalet haram sejak zaman BN lagi, nak urus kerajaan laa urus macam mana. Mudahnya macam niilah (contoh) kalau masa BN dulu daging tu daging babi, tau-tau mai zaman PR nak suruh PR buat bagi halai... mokalu samak 100 kali pun tetap daging babi... haram! Hakni tak masuk senarai kerugian RM403 juta.

Pusat Persinggahan Parahu Layar Marina Harber: Apa masaalah? La ni APMM dok jaga, baguslah tu. Benda tu buka heghta meghedak Kerajaan Negeri, hampa kata bernda tak berguna. Dah hampa tak boleh bagi kat kroni hampa, hampa kata seleweng lah, apa segala lah...... 

Aku agak 10 tahun ada dah projek tu tapi berapa bijik kapai layak masuk berlabuh? Nak belabuh macam mana tambog, cangkat. Masa mula buat projek bernilai RM38 juta tu awat hangpa nak pikiag dulu kapai layaq boleh masuk ke dak? Memang bangunan tu buka gheta meredak kerajaan negeri sebab tu tak masuk dalam senarai kerugian RM403 juta tu... tapi ia tetap merugikan duit rakyat jelata.

Jambatan Pulau Bunting: Tang mana yang seleweng?. La memang tak guna lagi, hanya jadi tempat rakyat Ustaz Azizan pi mancing. Tapi satu ketika, dah Pulau Bunting tu Al Bukhari bangunkan, masa tuuuuuu..baru hampa tau nilainya macam mana.

Hakni pun tak masuk dalam kerugian RM403 juta. Takdak sapa kata seleweng pun, ia boleh digunakan cuma mungkin makan masa lagi 100 tahun kot nuuu?

Hak masuk senarai kerugian RM403 juta tinggalan BN adalah seperti berikut:



Warta Darul Aman

Arkib