Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Friday, March 29, 2013

BN dah mula ceramah atas lori padi... eloklah tu belajar jadi pembangkang



Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Dengar khabar semalam ada program Pentas Pemuda BN Kedah yang mulanya ingin diadakan di Pasaraya Mydin, Alor Mengkudu. Tapi pihak pasaraya tak benarkan... mungkin depa dah dapat agak BN akan kalah di Pusat lepas ni jadi Mydin pun tak bagi kebenaran. Atau mungkin depa takut hilang berkat berniaga bila BN mai menumpang... pelanggan pun akan cabut lari.

Dek kerana publisiti dah dibuat program di Pasaraya Mydin, maka depa pun pi tonggek lori dekat tepi jalan Jalan Mengkudu tepi parking lot Pasaraya Mydin. Nak guna parking lot pun Mydin tak bagi.. siaannn. Yang menariknya, tokoh yang depa angkat siang malam untuk jadi MB Kedah jika BN menang iaitu Datuk Mukhriz mai bagi ucaptama berceramah atas lori, timbalan menteri ceramah atas lori... kah kah kah. Bukannya treler yg di makeup macam PAS buat tu tapi lori angkut padi. 


PAS waktu jadi pembangkang dah 50 puluh tahun lebih dok buat kerja tu... kini BN pulak ambikalih kerja PAS ceramah atas lori. Nampak sangat BN sedang melakukan latihan intensif untuk jadi pembangkang kat Malaysia ni.

MK tak dapat hadir di situ semalam tapi dari maklumat yg diterima, tak sampai 200 orang hadir di program Pentas Pemuda BN. Kira-kira 200 meter dari tu pulak ada satu lagi ceramah anjuran Urusan Ulamak MTD Alor Mengkudu (peringkat DUN sahaja) tapi kehadirannya lebih kurang sama dengan himpunan BN. Maknanya kat Kedah ni... program BN anjuran Negeri baru sama taraf dengan program Urusan (kira macam birolah) MTD. Nasiblah BN, saat nak mati dah sampai.. memang macam tu.

Ceramah Urusan Ulamak MTD Alor Mengkudu membariskan Ustaz Ahmad Yahya dan Ustaz Ahmad Rejab Jerlun... belah sana dok maki, belah sini dok baca ayat Quran dan Hadis... rakyat dok nilai di tengah. Alhamdulillah ada hikmahnya program tu bertembung.

Warta Darul Aman

Arkib