Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Saturday, March 9, 2013

Anak derhaka, sanggup fitnah bapa sendiri demi habuan duniawi



Oleh: Mat Kering

Budak upahan UMNO yang telah memporakporandakan pemikiran masyarakat dengan tohmahannya terhadap Anwar, kini menjadikan bapa kandungnya sendiri sebagai sasaran fitnah. Kononnya bapak kandungnya Azlan telah dipergunakan oleh Anwar, setelah bapanya mendedahkan bahawa tuduhan liwat terhadap Anwar hanya konspirasi jahat untuk menjatuhkan Anwar semata-mata.


Sebagai bapa, MK percaya, Saiful pernah mendedahkan segala pembohongannya terhadap beliau. Saiful mungkin pernah memberitahu Azlan bahawa sebenarnya dia tidak diliwat pun tetapi demi kerana habuan dunia dia sanggup buat apa saja walaupun terpaksa memalukan dirinya sendiri.



Azlan juga tentu mempunyai pengalaman sendiri, diheret oleh pegawai Najib untuk membuat sidang media, membacakan kenyataan yang disediakan oleh pihak konspirator dalam keadaan dia sendiri tidak redho terhadap segala kandungan bahan yang dibacanya itu. Sampai masanya Azlan tahu dia sudah tua dan tak sanggup berada dalam dosa sepanjang hayat hanya kerana habuan dunia yang tidak seberapa. Maka pengakuan terbaru yang dibuatnya adalah ikhlas.

Puak Syaitan Dikenali memfitnah kononnya Anwar telah berjaya membeli Azlan. Wahh kaya raya sungguh Anwar. Kalau Anwar ada kemampuan serupa itu baik dia menggunakan duit untuk menyekat Zul Nordin, Gobala, Ezam serta lain-lain pemimpin PKR dari melompat. Rakyat dapat menilai pembohongan yang tidak masuk akal itu.

Pengakuan ikhlas Azlan akan menambahkan keperitan Najib dalam menghadapi PRU setelah konspirasi jahat UMNO terbongkar. InsyaAllah BN akan kalah teruk PRU13 nanti apabila rakyat kini membuka mata melihat kerja jahat UMNO itu terbongkar satu demi satu. Bayangan sakratulmaut UMNO BN nampaknya semakin jelas...

Warta Darul Aman

Arkib