Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, March 20, 2013

Pak Ali Rostam! Hang toksah dok merapu isu Mati Syahid kalau tak faham, meh sini nak habag bagi...



“Apa yang dia (Ustaz Harun Taib) maksudkan dengan Syahid Dunia dan Syahid Akhirat? Adakah dia memaksudkan mereka yang terkorban ini hanya mendapat faedah dunia sahaja, tidak di akhirat?” kata Naib Presiden UMNO Ali Rostam.

Apa yang penulis faham dari kata-kata Pak Ali tu ialah dia tak faham apa-apa bila ulamak dok berbicara isu Syahid Dunia, Syahid Akhirat atau Syahid Dunia Akhirat. Rasanya Pak Ali dan rata-rata orang UMNO mungkin itu kali pertama dengar istilah seperti itu lantas menganggap ‘Syahid Dunia, Syahid Akhirat’ itu adalah istilah ciptaan Ustaz Harun Taib. 

Tak apa biarkan... jangan marah dengan orang yang tak faham. Kewajipan kita selaku umat Islam ialah memberi kefahaman kepada golongan yang tak faham.

Dalam kitab-kitab fiqah menyebut syahid itu terbahagi dua iaitu jenis berperang dan jenis tidak berperang.


Jenis berperang terbahagi kepada:

i. Syahid Dunia dan Akhirat, iaitu mereka yang mati dalam peperangan berlawan dengan orang kafir kerana menegak agama Islam dengan ikhlas tanpa berhajat untuk membolot harta rampasan dalam peperangan atau untuk mendapatkan upah atau gaji.

ii. Syahid Dunia, iaitu mereka yang mati dalam peperangan berlawan dengan orang kafir dengan tujuan utamanya kerana upah, gaji atau untuk membolot harta rampasan di samping berperang menegak agama Islam.

Hukum ke atas mati syahid bahagian (i) dan (ii) tidaklah wajib disembahyangkan dan dimandikan sekalipun berada dalam hadas kecil ataupun besar. Sebagaimana arahan Rasulullah ke atas para syuhada perang Uhud.

Sabda baginda, maksudnya:
"Jangan kamu mandikan mereka kerana setiap luka dan darah itu adalah wangi semerbak di hari Kiamat dan tidaklah payah sembahyang ke atas jenazah mereka."

Jadi kepada mereka ini dua perkara yang wajib dikerjakan iaitu kapan dan kebumian. Disunatkan mengkapan bersama-sama pakaian yang dipakai semasa mati dalam peperangan itu.

Adapun Syahid Akhirat, mereka akan mendapat pahala di akhirat kelak semasa di dunia ia perlu dilaksanakan sebagai orang mati biasa.

Syahid pada hukum Akhirat ialah seperti orang yang dibunuh secara zalim, orang yang mati kerana mengalami penyakit dalam perut, orang yang mati kerana penyakit taun, orang yang mati tenggelam, orang yang mati dalam keadaan dagang / musafir, orang yang mati dalam keadaan menuntut ilmu, orang yang mati kerana menahan rindu, mati kerana melahirkan anak dan sebagainya. Di dunia orang ini dikafan dan disolatkan. Di Akhirat ia akan mendapat pahala khusus dari Allah.

Bagaimana pula hukumnya anggota keselamatan kita yang mati terbunuh di Sabah baru-baru ini? 

Semua hukum itu terdapat dalam kitab2 feqah yang diputuskan oleh para ulamak besar terdahulu berdasarkan nas-nas yang sahih. Perkara yang jelas dalam kitab feqah sebenarnya tidak perlukan fatwa baru namun jika ulamak-ulamak terkini merasakan hukum feqah itu sudah tidak relevan dengan situasi terkini maka tidak salah mereka mengeluarkan fatwa baru. Namun hukum fatwa khususnya dalam perkara feqah tidaklah muktamad.

Jika ada ulamak yang berbeza dengan kumpulan fatwa tertentu, berdasarkan ketinggian ilmunya yang tersendiri maka ia bukan satu dosa besar dalam Islam, apatah lagi sehingga nak dikaitkan dengan isu politik, lagilah karut jadinya! 

Inilah masalah UMNO... zikir dan wirid mereka semua politik sehingga orang bercakap soal feqah pun mereka masih mahu mengaitkan dengan politik. Semoga Allah memberi hidayah dan menambahkan ilmu kepada ahli-ahli UMNO. Amiiin.

Warta Darul Aman

Arkib