Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, March 10, 2013

Aktivis maya UMNO keciwa... ada yang dapat elaun sampai RM3000, ada yang cuma makan wap masuk angin keluar asap, kesiaannnn


Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Macam biasa minum di kedai catok Taman Wira pagi tadi, bertemu rakan UMNO. Dia tau aku PAS aku pun tau dia UMNO, jadi tarak masalah apa nak sembang apa pun. Semua info biasa saja, tak ada apa menarik MK nak kongsi dengan pembaca... tapi ada jugak satu yang menarik, mengenai blogger upahan UMNO. Kebetulan rakan aku ni adalah kawan baik kepada seorang blogger UMNO Kedah yang setahun dua tahun dulu cukup ligat menulis tapi blog dia lani boleh kata mampoih pi dahh.

Menurut memba UMNO nih, rakan blogger dia tu tak minat lagi nak menulis sebab kata blogger tu, tulih buat lenguh tangan haram tak dapat apa pun padahal puak2 dari team uk uk uk.. depa dapat tambahan elaun khas untuk PRU RM1000 sorang. Dulu elaun depa dah RM2000, kini tambah lagi RM1000... dah jadi RM3000!!! Tudia aihh, kerja buat fitnah dan maki orang saja dapat RM3000 sebulan (kalau betullah seperti yang dicerita rakan UMNO aku nih).

Kesian pulak aku para cyber troopers, bloggers dan aktivis maya UMNO yang bukan dari grup tu, siang malam dok lawan maki tapi masuk angin keluaq asap... habuk pun tak dapat, yang dapat pun dosa dok maki orang.


Padanlah aku tengok beberapa buah blog UMNO yang bukan main pulun dulu ni tapi menjelang PRU ni sama ada hidup segan mati tak mau atau terus ghuyup... fulus punya pasai. Itulah UMNO, semuanya kerna wang.

Berbeza dengan blog aku nihh serta aktivis maya PAS.. semuanya buat kerja lillahitaala. Haktu yang UMNO penin dengan PAS...

Warta Darul Aman

Arkib