Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Saturday, March 23, 2013

Ahli makin muak dengan UMNO... tinggalkan parti beramai-ramai


Sandiwara ketua bahagian punca 67 ahli tinggalkan Umno



RANTAU PANJANG: Sandiwara Ketua Umno Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yassin mengisytiharkan orang Umno menyertai Umno membosankan penyokong dan ahli Umno di bahagian itu.

Tambah memualkan lagi mereka apabila warga Thailand yang tinggal di Rantau Panjang juga diarah berlakon menyerah borang menyertai Umno.

Ekoran itu baru-baru ini seramai 67 ahli dan penyokong Umno di Rantau Panjang mengisytiharkan keluar parti itu dan menyertai PAS di Taman Nering Jaya dekat sini.

Kumpulan tersebut diketuai Mohd Rasepi Mat Zain, 35, menyerah borang menyertai PAS kepada anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi pada satu program di taman tersebut.

Hadir sama anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, Ketua Serikandi PKR, Siti Aisyah Syed Ismail, Adun Gual Periok, Ustaz Mohamad Awang dan penghulu-penghulu mukim dan tanpa mukim.


Mohd Rasepi lebih dikenali sebagai Mie Case berkata, lebih ramai lagi ahli dan penyokong Umno di Rantau Panjang akan menyertai PAS menjelang detik pilihan raya umum ke-13.

“Penyerahan borang menyertai PAS dilakukan secara berperingkat-peringkat. Dan buat permulaan ini 67 orang keluar Umno di DUN Gual Periok," katanya.

Rakannya Abdul Khalid Jusoh, 41 berkata, beliau mengambil keputusan keluar daripada Umno kerana bosan dengan tindak tanduk pemimpin Umno melemparkan cacian dan fitnah terhadap Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, dalam setiap kali ceramah atau perbualan harian, pemimpin Umno sering menghodohkan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat termasuk Tok Guru Nik Aziz.

"Bagi kita kalau mereka hendak hodohkan pemimpin lain tak apa, tetapi apabila disebut Tok Guru jadi kita rasa tak munasabahlah," ujarnya.

Bakri Ismail, 34, dari Taman Nering Jaya berkata, amalan pilih kasih dalam Umno begitu berleluasa sekali, mereka yang dekat dengan pemimpin atasan sahaja yang mendapat segala kemudahan.

"Ini yang saya alami sendiri ketika bergiat aktif dalam Umno cawangan Kubang Chenok. Saya dipinggirkan dalam banyak hal termasuk bantuan kepada anak-anak sekolah.

“Kita kena minta dan desak dulu baru dapat, bukannya nak beri secara suka rela dan ikhlas. Ini menyebabkan saya tidak puas hati dan mengambil keputusan tinggalkan Umno,” ujarnya.

Warta Darul Aman

Arkib