Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, March 13, 2013

10 KCS dah himpit Mukhriz.. menang pun belum tentu

(Dato' Mie bakal calon BN Sungai Tiang bersama MB, ... tapi Mie dalam cerita ni bukan yang ni)

Oleh: Mat Kering

Baru semalan Kedah La siarkan pendedahan bakal calon BN Kedah, di mana Datuk Mukhriz disediakan tempat oleh Najib di Kuah sebagai persediaan jadi MB jika ditakdirkan BN menang. Hari ni MK dapat satu cerita baru, ruapanya MB BN dalam khayalan ni dah siap atur orang-orangnya untuk menguasai KCS. Tudia aihh, belum apa-apa lagi dah atur sampai ke situ.

Pertemuan Mukhriz dengan 10 KCS yang diketuai oleh Mie (bukan Datuk Mie Din) diadakan pada 7 Mac di Hotel Seri Malaysia. Senarai nama semua KCS, dua darinya wanita... ada kat tangan MK. Depa hantag mai dekat MK siap dengan CD rakaman butiran perbincangan tu... tak berapa ketahuan sangat isi sebab audionya tak berkualiti, tapi yang pasti depa dok fokus nak tawan Kedah.

Rupanya kumpulan ni adalah kumpulan kedua KCS pro UMNO yang sedang memasak agenda. Depa tiada kena mengena dengan kumpulan pertama yang diketuai oleh Dato' Mie. Agaknya depa dok pasang angan2 mokalu Mukhriz naik.. depa boleh tunjuk tempat mana nak duduk lepas ni. Hebat jugak politik KCS pun... tapi depa cuma segelintir dari kesemua KCS yang dok ada. Yang ramai tu professional belaka... "Bukan tentu apa nak jadi politik masa ni... kalau PR tawan Putrajaya dan Kedah serentak, depa nak lompat ke mana pulak?" komen sorang rakan KCS yang tak peduli pasai politik, kepada kumpulan tu.

Bagi MK itu hak depalah, nak sokong sapa pun... dasar kerajaan PAS tak sama dgn BN dulu. Lanie hang nak sokong parti mana ikut suka hang, asal di luar waktu kerja dan asal tak ganggu gugat tugas asasi hang. MK cadang elok hang bertanding kerusi Parlimen Padang Terap Bang Mie oii... mokalu menang esok boleh dok sebaris dengan Najib di meja pembangkang. Mokalau kalah... jadi kupang tembaga sebab masa tu UMNO dah hilang kuasa di Pusat dan Negeri... Insya Allah.

Warta Darul Aman

Arkib