Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, February 7, 2013

RM403 juta... jawablah dengan fakta Mat Bashah oooiii, jangan bagi hujah macam budak kanyaq Pekan Naka tuu..

Oleh: Ipad China

Alahai Tok Mat Bashah... kami serang hangpa dengan fakta dan angka takkan jawab macam budak kanyaq UMNO Pekan Naka tu saja isu RM403 juta... mudah saja jawab, "tak ada penyelewengan apa-apa pun, fitnah pihak pembangkang jee tuu.."

Kalau pihak BN dulu tak bersalah, kenapa mahkamah jatuh hukum arahkan kerajaan negeri bayar RM11 juta dalam isu Yayasan Islam, arahkan bayar RM2.16 juta dalam isu udang Kerpan, saman demi sama oleh pihak tertentu terhadap seri Temin atas kesalahan depa dulu? serta semua angkara BN dulu hingga kerajaan la ni kena tanggung beban sampai RM403 juta. Mat Bashah kena jawab kata (contohnya) hakim tu tak betoi, dia gila masa jatuhkan hukuman.... kira boleh pakai jugak jawapan macam tu sebab spesifik kepada isu dibangkitkan (kih kih) tapi kalau sebut.. itu cuma fitnah pihak Pakatan... budak kanyag UMNO kaki maki hamun kat Pekan Naka tu pun reti buat macam tuu. Takpalah mat bashah oii... mai jawab isu ni pulak...



Gagal Projek 990East Langkawi rugi RM48 juta... UMNO sanggup serah negeri dekat pihak asing!!!


Projek 990 East Langkawi bermula sejak 15 Januari 2007 di mana perjanjian usahasama dan perjanjian saham ditandatangani oleh KCB dengan Terra Monda Pte Limited iaitu sebuah syarikat yang berpangkalan di England. CEO KCB pada ialah Datuk Tajul Urus Md Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok. Terma perjanjian berat sebelah, di mana PKB perlu menyediakan tanah seluas 360 ekar di Bukit Malut serta segala pengurusan yang berkaitan dengan tanah. Terra Monda (syarikat asing) pegang 80 peratus saham. Mengapa benarkan pihak asing kuasai pemilikan sampai 80 peratus?

Isu besarnya ialah tanah yang dimasukkan dalam perjanjian itu bukan milik KCB. Terpaksa buat pengambilan, urus pampasan terhadap tanah pihak lain yang bukan milik kerajaan negeri, termasuk individu. KCB juga dikatakan akan membina ‘mahligai’ bernilai RM5 juta untuk pihak tertentu (terdapat dalam terma perjanjian, kini harga cecah RM9 juta). Nilai untuk semua kos, termasuk kos luarjangka yang sangat besar itu, premium tanah sahaja RM39 juta.

Sekarang kerajaan negeri sedang berunding dengan Terra Monda untuk membatalkan perjanjian tersebut. Namun penamatan perjanjian juga mempunyai kos yang besar kerana nilai projek sahaja sudah mencecah RM1.2 billion.

Warta Darul Aman

Arkib