Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Saturday, February 16, 2013

Putarbelit isu balak di Pedu oleh BN masih gagal bendung Kebangkitan Rakyat Kedah untuk bersama Pakatan

Oleh: Ipad China


















Tanpa kerahan tenaga, tanpa upah, tanpa duit minyak, tanpa T-shirt percuma, tanpa makan free, tanpa umpan cabutan bertuah, tanpa hiburan dari artis, tanpa publisiti media arus perdana, tapi kehadiran rakyat Kedah ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Charok Genting Bunga, Pedu sangat mengejutkan! Lebih 15 ribu datang untuk menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah.

Kenderaan yang terlalu banyak yang datang dari arah Kuala Nerang dan Sik, menyebabkan kenderaan 'terlekat' sepanjang kira-kira 10 km. Ramai yang meningalkan kenderaan berjalan kaki dalam jarak yang agak jauh. Kenderaan yang dinaiki oleh Menteri Besar, Ustaz Azizan Razak sendiri tidak dapat masuk ke tempat himpunan, lalu beliau dibawa masuk menaiki motorsikal sepanjang kira-kira 5 km.

Perkasa dan UMNO pernah mengadakan himpunan di tempat yang sama dengan menggunakan kaedah kerahan tenaga dan upah, namun kehadiran orang ramai tidak dapat mengatasi jumlah kehadiran kali ini.

Ustaz Azizan yang hadir memberi ucapan telah menempelak pihak pembangkang yang memutarbelit isu sebenar kewujudan projek ladang buah-buahan yang akan memberi manfaat untuk rakyat.

Baginya, sokongan besar yang ditunjukkan oleh rakyat Kedah ini menunjukkan bahawa majoriti rakyat masih sayangkan kerajaan dan mahu Pakatan Rakyat terus menerajui Kedah.

Warta Darul Aman

Arkib