Ni satu lagi projek jahanam di Kedah, BN langsung tak berani jawab...
Projek
Feedlot di Pendang lesap RM3.5 juta
Projek Feedlot di
Pendang adalah di bawah KAIMB serta dibina oleh Bina Ekoculture Sdn. Bhd dan
melibatkan RM3.5 juta dan tiada sebarang perjanjian yang diadakan bersama tuan
tanah. Setelah dibelanjakan sejumlah wang berkenaan, agak mengejutkan kerana
projek itu hanya disewa dengan syarikat lain dengan bayaran RM60 ribu setahun.
Kalau KAIMB nak
dapatkan semula kos RM3.5 juta itu KAIMB kena sewa kepada mereka selama 58
tahun. Sekarang syarikat berhenti beroperasi dan sewa RM5 ribu sebulan tidak
dibayar. Insfrastruktur yang ada di kawasan berkenaan pun tidak boleh diambil
kerana tanah berkenaan milik orang serta tiada perjanjian dibuat dengan tuan
tanah.