Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, February 4, 2013

Mana pemimpin BN Kedah? Bila lagi nak jawab penyelewengan RM11 juta di Yayasan Islam ni??

Oleh: Kapak 7 Lok

YIKed di bawah pemerintahan BN lalu gagal menyelesaikan masalah tanah yang telah dipersetujui bersama, dalam projek besar yang dimulakan di zaman Tan Sri Osman Aroff menjadi Menteri Besar.

Long Island Development Sdn Bhd (syarikat bersama YIKed + Long Island Properties) diberi tanggungjawab tebus tanah yang digadai kepada Southern Bank Berhad, tapi gagal tebus lagi 16 keping tanah.

Atas ‘arahan politik’ walaupun tanah tersebut belum dimiliki, Pejabat Tanah Galian dah keluar surat hakmilik dan ubah syarat, dengan kelulusan Majlis Mesyuarat Exco. Jadi, satu tanah ada dua hak milik. Senisinga Sdn Bhd yang mengambilalih pinjaman tidak berbayar (NPL) Southern Finance Berhad menyaman YIKed RM11 juta dan mereka menang di mahkamah. YIKed terpaksa membayar RM11 juta, bayaran dibuat secara ansuran sehingga 15 Ogos 2013.


"INGAT...Jangan Serah Kedah Dekat Penyamun!!!"

Warta Darul Aman

Arkib