Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, February 13, 2013

Jom berhimpun di Tasik Pedu 15 Feb... kita bongkar cerita BN Kedah buat magic hilangkan hutan balak bernilai RM3 juta... tapi rekod lesap!!!

Projek balak laluan TEKIH hilang RM3 juta... UMNO jawab sat, hangpa tauk mana duit balak tuuu???


Q: TEKIH tu apa? Dimana ia berlaku? Bila berlaku?

A: TEKIH adalah singkatan kepada projek Trans Eastern Kedah Interland Highway dari Durian Burung ke Kupang, Baling. Panjang keseluruhan highway tersebut adalah 115km. Projek bermula pada 2005 dan dijangka siap Ogos 2013.

Q: Macamana kira sampai RM 3juta tu?

A: Terdapat beberapa jajaran jalan baru yang menempuh kawasan hutan balak sepanjang 16km dari Tasek Beris ke Tasek pedu + 5km Gulau ke Belantek + 8km dari Kg Melaka Sik ke Kg Bt 8 Weng. Lebar “reserve of work” adalah 33m menjadikan kawasan balak yang dibersihkan adalah 27km x 0.033km = 0.957km per. (95.7hektar). Hasil balak dan premium dari kawasan seluas 95.7 Hektar dianggarkan RM3 juta hilang.

Q: Bagaimana ia berlaku? Sebab apa berlaku? Siapa yang terlibat?

A: Semua kawasan itu diserahkan oleh MB BN kepada Kedah Corporation Berhad (KCB). KCB/kerajaan negeri tidak menerima sebarang hasil dari pembalakan. Di hujung cerita (apabila PR mengambilalih Kedah Mac 2008), sebuah site office dilaporkan dibakar bersama sebuah kereta. Adakah ia percubaan untuk melupuskan segala dokumen berhubung pembalakan?

Q: Apa yang boleh buat dengan jumlah itu? Dan apa pula kaitan kehilangan RM 3 juta dengan saya ?

A: Jumlah RM3 juta mungkin kecil bagi orang kaya dan besar nilainya bagi kebanyakan orang. Banyak yang boleh dibuat dengan RM3juta. PR tebang balak, dapat duit guna untuk kebajikan rakyat tetapi BN tebang balak… masuk poket ‘penyamun’?



Warta Darul Aman

Arkib