Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Friday, February 22, 2013

Hinanya UMNO di mata staf KUIN



Memang tak patut MB tuduh 'ejen UMNO'...

Oleh: Chin Jerlun

"Kami SELURUH kakitangan KolejUniversiti INSANIAH (KUIN) sangat kesal di atas dakwaan  YAB Menteri Besar Kedah bahawa kakitangan KUIN yang memperjuangkan hak dan kebajikan kakitangan sebagai ejen UMNO tanpa sebarang bukti yang kukuh untuk menyokong dakwaan melulu beliau. Ketika Negeri Kedah di bawah pentadbiranKerajaan BN, KUIN didakwa sebagai lubuk PAS sehingga mengakibatkan pentadbiran negeri menjadi milik PAS melalui PRU12-2008.

Apakah alasan yang membuktikan bahawa kakitangan INSANIAH adalah ejen  UMNO? Seorang muslim mukmin adalah berdosa menuduh tanpa bukti.  Bertaqwalah kepada Allah dalam mengeluarkan kenyataan."

Itu antara kekecewaan yang diluahkan oleh kakitangan KUIN dalam memo yang ditujukan pada Menteri Besar.



Minta maaf, dalam isu ini aku menyebelahi staf KUIN. Sebagai manusia yang waras rasanya mereka lebih rela jika dilabel pengkhianat, bahkan pengganas sekalipun tapi kalau tuduh ejen UMNO atau apa-apa yang berkaitan dengan UMNO, ia adalah tuduhan yang sangat berat.

Mana depa nak letak muka bila dituduh sebagai UMNO, depa pun ada maruah... UMNO adalah terlalu hina di mata mereka, begitu juga anggota masyarakat yang rasional akan memandang hina terhadap UMNO. UMNO adalah simbol rasuah, penyelewengan, mabok kuasa, menindas, zalim.. serta segala macam yang huduh-huduh.

Setahu aku sejak PAS ambilalih Kedah, nak cari UMNO buat ubat pun takdak dah kat KUIN. 99 peratus staf KUIN adalah penyokong PAS, cuma mereka tak setuju pengurusan KUIN dalam beberapa perkara tertentu.

Aku harap MB tarik balik tuduhan 'ejen UMNO' itu kerana UMNO adalah sangat hina di mata manusia yang waras.

Warta Darul Aman

Arkib