Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, February 4, 2013

Hellooo BN, bila lagi nak jawab isu 'duit udang Kerpan hilang RM6.15 juta'? Ingat tu reta meredak tokwan tiri hangpa ka??? Duit rakyat tuu...

Oleh: Chin Jerlun

RM6.15 juta hilang, RM2.16 juta disaman projek udang Projek ternakan udang di Kerpan, Ayer Hitam yang melibatkan beratus-ratus ekar tanah petani pada tahun 1993 telah berlaku penyelewengan di mana hasil keuntungan projek tersebut tidak dimasukkan ke dalam akaun bersama seperti dalam perjanjian.

Satu Perjanjian Pengurusan Projek Ternakan Udang bertarikh 27 Disember 2007 ditandatangani antara Kedah Agro Industries Marketing Berhad (KAIMB) dan Kedah Aquaculture Sdn Bhd (KASB), sebuah syarikat yang ditubuhkan secara bersama antara Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) dengan pegangan nisbah keuntungan 40:60.

Hasil keuntungan projek tersebut tidak diagihkan seperti yang dipersetujui bersama. Duit itu juga tidak dimasukkan ke dalam akaun khas yang diwujudkan. Ke mana duit keuntungan sebanyak RM6.15 juta itu pergi? Adakah ia masuk ke dalam kantung dana politik UMNO?

Pada 5 Jun 2012 Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkan KAIMB membayar KASB sebanyak RM2.16 juta. Kerajaan kini jugak yang kena tanggung biawak hidup tinggalan BN.


"INGAT...Jangan Serah Kedah Dekat Penyamun!!!"

Warta Darul Aman

Arkib