Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, February 24, 2013

Fauzi Pisau Kedah berpaling tadah?







Oleh: Enggang Qadha

Sekali-sekali EQ menjengah juga blog bekas rakan lama milik Fauzi Pisau Kedah yang terkenal dengan fitnah dan spin tahap gaban bernama Media Kedah, dua tiga kali EQ masuk tak update pun. Baru taksat EQ buka lagi blog tu... alangkah terkejutnya kali ini ada posting mendedahkan bagaimana blogger UMNO ni buat kerja... depa cuma tunggu emel yang mai dari atas... atas langit kot dari Ayah Pin barangkali, bahan2 tu depa cuma kopi paste. Oooo sebab tu lah EQ dapati setiap isu yang muncul dalam blog rangkaian depa... kalau sorang terbitkan isu tu, memba depa yang lain pun akan terbitkan juga isu sama... cuma tukag tajuk. Apapun benda tu bukan mengejutkan sangat pun... yang EQ terkejut ialah apa pasai blog milik Fauzi ni dedahkan kerja depa? Dah kena cekelat hacks? Ishh sapa teringin nak hack blog tong drum kosong tu...


Sama ada Fauzi dah berpaling tadah atau kena hack, bagai EQ ia ada hikmahnya... yeelah sekurang-kurangnya si Fauzi ni terhindar dari dosa memfitnah yang dibuat saban hari. Semoga All;ah SWT memberi keinsafan kepadanya dan rakan-rakannya. Amiiin.

Warta Darul Aman

Arkib