Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, February 26, 2013

Ehh ada persamaan dengan Najib... Ghadafi juga beri 500 Dinar kepada rakyat sebelum tumbang!


Panas!! BR1M: Selain Firaun.. Muammar Gaddafi juga beri rakyatnya 500 sebelum tumbang..


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengumpamakan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan BN dengan tindakan Firaun di Mesir memberi Bantuan Rakyat 1 Mesir (BR1M),, TETAPI tahukah anda bahawa Muammar Gaddafi, Diktator Libya yang telah terkorban juga mengambil pendekatan yang sama..

Dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam semalam Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumpamakan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan BN dengan tindakan Firaun di Mesir yang menurutnya memberi kekayaan demi menyesatkan pemikiran rakyat.

Hadi yang membacakan kutipan ayat daripada Al-Quran itu menceritakan semula kisah Nabi Musa berhubung sikap Firaun yang cuba "membodohkan rakyat" itu.

"Cerita BR1M ini bukan cerita baru. Al-Quran sudah menceritakan lebih lima enam ribu tahun yang lalu, Firaun telah (agih) BR1M," katanya sambil diringi gelak ketawa perwakilan.

Beliau menceritakan bahawa Nabi Musa pada awalnya meminta Allah menjelaskan mengapa Firaun diberi kekayaan yang banyak.

"Nabi Musa berdoa wahai Tuhan kami, mengapa engkau beri kepada Firaun, kekayaan yang melimpah ruah. Dengan kekayaan itu, digunakan untuk menyesatkan rakyat bukan untuk membela rakyat," katanya.

Seterusnya, beliau menceritakan pula mengenai keangkuhan Firaun yang mendakwa berkuasa untuk memberi nikmat kepada rakyat berkenaan.

"Firaun telah mengarahkan rakyat Mesir, dikumpul beramai-ramai, dan Firaun berucap. Tidakkah aku menjadi pemerintah berkuasa di Mesir ini?

"Sungai-sungai yang mengalir di kampung-kampung, ini adalah projek aku. Di bawah penguasaan aku.

"Aku (Firaun) yang bagi. Satu lagi projek aku (Firaun). Al-Quran berkata maka Firaun menjadikan rakyat ringan (meremehkan) akal dan membodohkan rakyat," katanya diiringi ketawa yang menggamatkan dewan konvensyen ~ sebahagian dari laporan oleh Malaysiakini

Sebelum ini telah dilaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan bangganya di Terengganu telah berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 yang diberikan adalah cukup untuk 'makanan' satu tahun.

Menurut Perdana Menteri, dengan duit RM41.60 itu telah cukup untuk membeli sekampit beras 10 kilogram, lima kilogram minyak masak, gula, tepung dan lain-lain.

“Bantuan Rakyat 1 Malaysia…RM500 tuan-tuan akan dapat. Kalau RM500 kita (kerajaan) telah kira, dalam sebulan dapat RM41.60 dan dapat beli sekampit beras 10 kilo (kilogram), minyak masak lima kilo, gula, tepung dan lain-lain lagi. ~ Laporan penuh sila baca di ( SINI )

Berbalik kepada persoalan di atas "tahukah anda bahawa Muammar Gaddafi, Diktator Libya yang telah terkorban juga mengambil pendekatan yang sama"

Pendekatan yang sama disini bermaksud memberikan bantuan berupa wang tunai kepada rakyatnya ketika beliau diambang kejatuhan..

Jumlah yang diberikan oleh beliau kepada rakyatnya ialah 500 Dinar Libya.. Najib pula memberikan RM500 .. suratan atau kebetulan?

Kerajaan Libya, yang pada ketika itu sedang bergelut dengan pemberontakan, untuk mengekalkan kuasa mereka telah mengarahkan pemberian wang tunai secara besar-besaran termasuk kenaikan gaji, subsidi makanan dan elaun, lapor stesen televisyen negara tersebut.

Reuters melaporkan bahawa menurut laporan stesen televisyen negara itu setiap keluarga akan menerima 500 dinar Libya (£ 248 / $ 400) untuk membantu menampung kos makanan meningkat, dan bahawa upah bagi beberapa kategori pekerja sektor awam akan meningkat sebanyak 150 peratus.

Laporan oleh Reuters itu telah dipetik oleh Al-Arabia News

Al-Arabia News

Ianya juga telah disiarkan oleh The Telegraph

Warta Darul Aman

Arkib