Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, February 4, 2013

Blogger UMNO Kedah buat kelaku lagi... kali ni tibai Datuk Mat Bashah

Oleh: Det Kawag


Blogger UMNO Kedah sorang ni, iaitu Mummy Rokiah, bersuara lagi... kali ni dia tibai Datuk Mat Bashah pulak dalam isu KUIN yang dianaktirikan oleh kerajaan BN Pusat. Aku rasa blogger pro UMNO sorang ni buat kerja secara bebas, tak terikat makan upah macam blogger dari team tertentu. Jadi pandangannya adalah bebas. Selamat membaca...

KUIN- KERAJAAN PERSEKUTUAN MENGHUKUM RAKYAT KEDAH

Oleh: Mummy Rokiah



MR berkesempatan hadir di Majlis Konvoksyen Khas Kolej Universiti Insaniah yang disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 29 Januari 2013 yang lepas. 

Kampus barunya tersergam indah di Kuala Ketil sebuah bandar kecil dan terpencil di negeri Kedah. Lokasinya terletak di dalam kawasan Parlimen Baling. Kampus yang berkeluasan 360 ekar itu mampu menempatkan seramai 7000 pelajar kelak pastinya bakal menjadi pemangkin pertumbuhan kawasan tersebut. 
MR dimaklumkan bahawa harga rumah yang baru dibangunkan oleh anak Syarikat Kerajaan Negeri, Darulaman Realty juga telah melambong harganya. 

Di dalam ucapan MB Ustaz Azizan Razak yang juga merupakan Pengerusi KUIN telah menyatakan KUIN dibina tanpa bantuan kerajaan pusat. Untuk mengesahkan kenyataan beliau supaya disimpang dari kenyataan politik, MR berkesempatan bertemu dengan Rektor KUIN dan beliau mengesahkan kenyataan tersebut. 

Kos yang dibina sebanyak RM320 juta ternyata ‘not even a single cent from Federal Govement’. Sumber dananya 20% dari Kerajaan Negeri dan 80% lagi dari ‘self generated’ atas usaha dan inititif sendiri melalui sumbangan dan pinjaman. 
Apa yang menarik kenyataan Ustaz Azizan telah dicanggah oleh Pengerusi UMNO Kedah Datuk Ahmad Bashah dengan katanya bahawa pinjaman yang diberi oleh Bank Islam dan Affin Islamic Bank untuk pembinaan KUIN merupakan sokongan GLC Kerajaan Persekutuan sebagai sokongan modal. Ahmad Bashah juga menegaskan bahawa pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar KUIN juga dikira sebagai bantuan daripada kerjaan pusat. 

Hujah ini ternyata sungguh tidak cerdik datang dari seorang pemimpin yang sedang diwar-warkan bakal menjadi MB Kedah jika BN berjaya menawan kembali Negeri Kedah. Pemimpin seharusnya berhati-hati di dalam mengeluarkan   apa-apa juga hujah khasnya yang melibatkan pendidikan dan pengajian tinggi kerana kenyataan mereka sedang dianalisa  para cerdik pandai dan golongan intelektual.
Lojik akalnya mana sebuah bank yang akan memberi pinjaman jika sesebuah projek itu tidak berdaya maju. Khasnya kemampuan untuk membayar balik pinjaman. Tindakan bank meluluskan pinjaman bukan di atas dasar arahan Kerajaan Pusat tetapi ia berdasarkan pertimbangan komersial semata-mata. 

Begitu juga pinjaman PTPTN, pinjaman tersebut adalah hak pelajar yang sememangnya wajib diberi Kerajaan kepada pelajar walaupun di mana juga mereka menuntut tanpa mengira di mana institusi pengajian tinggi tersebut. Jika pelajar-pelajar tersebut gagal melunaskan pinjaman mereka mereka juga akan dikejar oleh PTPTN sehingga ke lubang cacing.

Hakikatnya KUIN hari ini berdiri teguh tanpa bantuan Kerajaan Pusat. Waris dan pengundi di atas pagar akan terpahat diminda mereka bahawa Kerajaan Pusat telah menghukum rakyat kedah kerana memilih PAS. 

Memetik kembali kata-kita hikmat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa “bidang pendidikan terlalu mahal harganya untuk dipolitikkan kerana ia merupakan bekalan kepada kejayaan anak bangsa yang mencorakkan masa depan negara pada masa depan. Nak jadi khalifah macam mana nak makmur kalau tidak berilmu, kalau beriman tanpa ilmu tak mungkin boleh selesaikan. Jadi inilah konsep yang diperjuangkan kerajaan dalam bidang pendidikan" ref Utusan Online.

Konklusinya di dalam hal ini tidak ada siapa yang betul dan tidak ada siapa yang salah. Hakikatnya hari ini demi kesejahteraan rakyat Melayu dan umat Islam semua pihak harus bersatu kerana semua pihak saling perlu memerlukan. Jika tidak padahnya lambat laun kita akan dihancurkan oleh Yahudi dan Nasrani.

Warta Darul Aman

Arkib