Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, February 13, 2013

Bapa borek anak rintik, bapa kaki kelentong anak kaki auta!!!


Oleh: Chin Jerlun

Kalau budak mabuk ketum Pekan Naka yang buat statement tu aku tak heran sangat... ini anak bekas PM yg konon-konon nak jadi MB jika BN menang di Kedah (waliyazubillahiminzalik) yang cakap. Apa dia cakap? Bahawa Setpol MB Sanusi Md Noor 'bohong besar' bila dakwa air kawasan Charuk Genting Bunga tak boleh masuk ke Tasik Pedu kerana anak sungai di CGB tu hilir dan tasik Pedu tu hulu.. Mukhriz dakwa sebaliknya... air dari hilir (CGB) memang boleh naik ke hulu masuk dalam Tasik Pedu... kah kah kah.. kalau Tok Bashah dengar kenyataan anak Madey ni... dia pun gelak keraih perot.. kah kah kahh kahhhhhh kahhhhhhh kahhhhhhhhhhhhhh (tak nampak ka aku dok bergulin ni) kah kah kahhhhhh!!!!!

 

Pengarah Perhutanan sahkan aliran air tidak masuk ke Tasik Pedu
ALOR SETAR- Aktiviti pembalakan dan pembangunan di kawasan Hutan Simpanan Pedu tidak menyalahi undang-undang kerana proses ubah syarat tanah berkenaan sedang dibuat.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Ku Azmi Ku Aman berkata, kawasan hutan simpanan itu boleh diubah syarat walaupun ianya dikelaskan sebagai kawasan tadahan kerana ia bukan berfungsi sebagai tadahan.

“Kajian mendapati kawasan terbabit tidak berfungsi sebagai kawasan tadahan sebenar, dimana aliran air hujan tidak masuk ke kawasan tasik. Disebabkan itu, Jabatan Perhutanan mencadangkan supaya status kawasan itu yang diwartakan sebagai kawasan tadahan dibatalkan,” katanya.

Menurutnya, cadangan itu dikemukakan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bulan lalu dan mendapat persetujuan Jawatankuasa Tetap Hasil Bumi.

“Kita cadang supaya batalkan status warta di kawasan terbabit untuk elak kekeliuran. Memang benar ia diwartakan sebagai kawasan tadahan tetapi disebabkan peranan itu tidak berfungsi, boleh diubah syarat,” katanya.

Ku Azmi berkata, proses itu masih berjalan dan hanya menunggu exco mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pembatalan status warta kawasan tadahan kepada hutan simpanan biasa.

“Aktiviti pembalakan atau perladangan boleh dibangunkan kawasan terlibat setelah ubah syarat tanah selesai,” katanya.

Mengulas mengenai Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) baru lagi Projek Ladang Buah-Buahan Charok Genting Bunga, Ku Azmi berkata, keperluan laporan itu adalah berikutan kawasan dibangunkan meliputi kawasan hutan simpanan yang diwartakan sebagai kawasan tadahan.

“Sebenarnya kawasan itu tidak memerlukan EIA kerana ketinggian kurang 700 meetr, EIA diperlukan statusnya sebagai kawasan tadahan untuk lihat kawasan terhadap alam sekitar. Saya percaya selepas bagtalkan status warta, kekeliuran tidak lagi timbul,” katanya.

Sumber memberitahu, berdasarkan kajian terbaru mendapati aliran air hujan atau dari kawasan dibangunkan tidak mengalir ke dalam Tasik Pedu dan tidak menjejaskan air tasik seperti didakwa banyak pihak.

Tinjauan nelayan di kawasan tasik juga mendapati aktiviti pemabalakan mahupun projek Agrotourism tidak menjejaskan tangkapan hasil tasik.

Sebelum ini, arahan menghentikan kerja penebangan pokok di Tasik Pedu dikeluarkan Ogos lalu, sehingga laporan EIA diperoleh.

Warta Darul Aman

Arkib