Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, February 5, 2013

Angkuh bukan main dakwa pandai mentadbir... depa buat taik zaman BN, kerajaan laa kena tanggung

Takkan takdak sorang pun pemimpin BN Kedah berani angkat kepala jawab isu ni?

JIP - Kerajaan negeri akan disaman RM22 juta!!!

Sebuah syarikat besar dalam proses menyaman kerajaan negeri Kedah sebanyak RM60 juta ekoran kegagalan projek Jerai International Park (JIP) pada masa Tan Sri Osman Aroff menjadi menteri besar.

Syarikat itu dikatakan mendapat pembiayaan dari pihak tertentu di Qatar untuk projek JIP.

Kerajaan pada masa itu melalui Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah mengadakan perjanjian dengan sebuah syarikat untuk melakukan usahasama membangunkan Jerai International Park di atas tanah seluas 1,145 ekar dengan nisbah 40 peratus PKB dan 60 peratus syarikat tersebut. Bagaimanapun apabila projek raksasa itu dibatalkan kerajaan negeri tidak berunding atau membuat penyelesaian dengan pihak berkenaan. 

Kerajaan negeri sedang menunggu perbicaraan dan mereka dijangka menuntut gantirugi RM60 juta, dan sebanyak RM22 juta daripadanya adalah melibatkan cadangan tanah untuk projek perumahan - jumlah yang sedang menanti perbicaraan mahkamah.

Dok nampak kerajaan negeri nak kalah lagi... lesap lagi wang rakyat RM22 juta hasil kecekapan BN dahulu mentadbir negeri.

Warta Darul Aman

Arkib