Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, February 14, 2013

Akhbar Harakah diborong kemudian disorok, takut rakyat baca... BN makin gelabah menjelang 'kematian'


Ada menteri borong akhbar Harakah, bimbang pekong terdedah?

ibn_bacoks

PONTIAN: Insiden memborong akhbar Harakah oleh pihak tertentu dikesan di sekitar Pekan Parit Betak, Benut dekat sini, menjadi tanda tanya penduduk.

Menurut sumber, akhbar terbitan Isnin yang dijual didapati laris sekelip mata dipercayai telah dibeli akibat bimbang kepada satu pendedahan yang berkait rapat dengan penyandang Parlimen ini Datuk Ahmad Maslan.

Difahamkan, ada satu isu besar melibatkan Felda dibongkar termasuklah pendedahan berhubung janji yang ditabur di kawasannya.

Dalam laporannya menyebut, Majlis Pecah Tanah sudah pun dilakukan tahun lepas dan peruntukan pun khabarnya sudah ada, persoalannya kenapa sampai sekarang surau yang dijanjikan masih belum dibina sehingga hari ini.

Apakah Majlis Pecah Tanah yang disempurnakan Datuk Ahmad Maslan, di Taman Seri Api-api dekat sini, pada Ogos tahun lepas, hanya gimik politik semata-mata memandangkan ketika itu bahang Pilihan raya Umum (PRU) ke 13 sedang begitu hangat diperkatakab seolah-olah PRU akan diadakan pada tahun tersebut.

Justeru beliau mengambil kesempatan ini untuk mengambil hati penduduk dengan menjanjikan pembinaan surau baru untuk kegunaan tetapi apabila jangkaan beliau meleset maka projek tersebut tidak diteruskan sehingga hari ini, dakwa Penydlia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood di sini, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Dr Ungku turut dilaporkan berkata, pihaknya mengingatkan penduduk taman tersebut supaya tidak termakan dengan janji manis pemimpin UMNO yang berkemungkinan akan datang semula untuk menabur janji yang sama menjelang PRU nanti.

Warta Darul Aman

Arkib