Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, January 1, 2013

"Ya Allah makbulkanlah impian kami untuk menawan Putrajaya 2013! Amiiiiiiiiiiiiiin"


"Ya Allah makbulkanlah impian Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya 2013!"
(Alhamdulillah semua pembaca sedang membaca doa ini... amiiin)


(Mulai hari ini Tok Senapi serah tugas kepada Mat Kering Bakaq Bata)
 
Kita melangkah ke tahun 2013, tahun di mana rakyat Malaysia akan membuat penentuan dalam PRU123 sama ada mahu mengekalkan sebuah kerajaan tua berusia 55 tahun atau memilih sebuah kerajaan baru yang lebih bertenaga di Pusat.


Buat masa ini PR dan BN bercakap seolah-olah pihak masing-masing akan menang dalam PRU13 nanti. BN memberitahu rakyat bahawa mereka akan kembali mendapat mandat dua pertiga, manakala PR yakin akan menang walau dengan simple majority.
Dalam strategi perlawanan kaedah itu dipanggil perang saraf di mana masing-masing bercakap besar seolah-olah disokong oleh majority rakyat jelata; tujuannya ialah untuk menarik rakyat menyokong kumpulan yang digambarkan sebagai kuat.
Di belakang pentas, masing-masing pihak masih tidak pasti apakah pihaknya akan disokong majority rakyat. Kalah bukan mustahil, menang pun bukan pelik. Semuanya serba tidak pasti. Bagi PR jika gagal menawan Putrajaya tentu agak kecewa namun ia pengalaman biasa yang dilalui oleh pembangkang sejak 12 kali PRU. Manakala bagi BN jika gagal pertahankan Putrajaya maka ia umpama 'hari qiamat' bagi mereka. Separuh abad Perikatan/BN menjadikan khazanah kekayaan negara sebagai sumber kekayaan peribadi dan kroni sudah tentu kehilangan semua itu amat menyakitkan BN.
Dalam usaha memenangi PRU13, apa yang dilakukan oleh BN jauh mengatasi apa yang dilakukan oleh PR kerana mereka memperalatkan sepenuhnya kekuasaan, sumber kewangan dan jentera kerajaan sedangkan PR menggunakan jentera parti semata-mata. Ditambah lagi dengan demokrasi yang pincang dan media yang berat sebelah. Dalam situasi itupun BN masih tercungap-cungap untuk mendapat sokongan rakyat. Himpunan kebangkitan rakyat anjuran PR yang diadakan di seluruh negara dihadiri lautan manusia. Berpusu-pusu anak muda bersama PR. Bekas pegawai tinggi kerajaan dan orang-orang yang 'punya nama' seperti golongan artis tidak kekok bersama PR. Seorang demi seorang tokoh politik BN menyertai PR. Apa makna semuanya ini??? Maknanya BN sudah menghadapi krisis keyakinan yang teruk di kalangan rakyat sehingga apa yang mereka lakukan masih tidak mampu mengatasi sokongan untuk PR. Petunjuk yang sangat jelas ialah sehingga menghampiri batas sempadan PM belum berani membubarkan Parlimen.
Marilah kita menjadikan tahun 2013 ini sebagai Tahun Menawan Putrajaya. Bekerjalah sekuat-kuatnya dalam tempoh yang berbaki untuk menumbangkan BN dan selepas itu BERDOA dan BERTAWAKKALLAH kepada Allah SWT. Hanya sanya Allah SWT yang Maha Berkuasa untuk menumbangkan mana-mana kerajaan yang DIA kehendaki. Allahuakbar!!
(Nota: Mulai hari ini 1 Januari 2013 seperti yang diputuskan dalam mesyuarat editor Kedah La, dengan segala sukacitanya Tok Senapi menyerahkan jawatan Ketua Editor kepada Mat Kering Bakaq Bata. Alasannya sangat kuat iaitu, TS tak sempat beri sepenuh masa dekat Kedah La... lagi dekat PRU132 lagi sibuk untuk urusan yang lebih utama. Adapun Mat Kering tiap-tiap hari sempat lagi pi dok buka sidang parlimen kat kedai catok Taman Wira... ha ha.  Bagaimanapun TS akan terus menyumbang  untuk Kedah La dalam waktu yang terbatas. Selamat Bertugas MK).

Warta Darul Aman

Arkib