Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, January 15, 2013

UMNO Kedah kesal pelajar sertai himpunan politik (Hebat sungguh kedah La... kenyataan rasmi UMNO pun kami siarkan)

(HKR#KL112 dihadiri mahasiswa yg boleh mengundi... tapi Himpunan Kebangkitan Rosmah di Tasik Pedu bawa budak-budak bawah umur)


ALOR SETAR - Umno Kedah kesal Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran pembangkang di Kuala Lumpur kelmarin turut disertai sebilangan anak muda yang merupakan penuntut universiti.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, mereka adalah penuntut beberapa universiti yang sedang dalam musim peperiksaan.


"Tindakan mereka menyertai demonstrasi tersebut adalah membuang masa. Sepatutnya mereka mengulang kaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan.

"Apa untungnya mereka menyertai demonstrasi berkenaan? Mana yang lebih penting antara berdemo atau belajar bersungguh-sungguh supaya dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang?" katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Beliau berkata situasi itu menunjukkan bahawa pembangkang sanggup memperjudikan masa depan anak muda tersebut semata-mata untuk kepentingan politik mereka.

"Betapa ruginya negara apabila anak-anak muda yang sepatutnya memberi perhatian terhadap pelajaran bagi menjadikan diri mereka cemerlang tetapi dipergunakan oleh pembangkang hanya untuk menunjukkan demonstrasi anjuran mereka dapat mengumpulkan ramai peserta," katanya.


Ahmad Bashah juga berkata, lebih malang lagi, anak muda Melayu yang menyertai demonstrasi itu bergantung kepada duit Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional selain menjadi harapan ibu bapa untuk mengubah nasib keluarga selepas menamatkan pelajaran.

Beliau berkata, pembangkang patut malu pada diri sendiri kerana merosakkan masa depan anak muda terbabit. - Bernama

Komen Kedah La: Budak U cerdik dah Tok Bashah oii,  depa kena ada kelulusan tinggi baru boleh masuk U. Yang hangpa pi dok kerah budak sekolah yang tak reti apa-apa pasai politik, pi demonstrasi... haktu apa cerita pulak? jawab sat....

Warta Darul Aman

Arkib