Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Friday, January 11, 2013

SPRM sahkan TV3 menipu!!!


Bukankah aku dah kata, fitnah itu rukun nombor 1 UMNO



Susulan daripada 'penahanan' seorang pegawai khas kepada Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, TV3 dalam laporan beritanya Ahad lalu menyiarkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menahan pegawai terbabit bersama dua yang lain atas dakwaan rasuah.

Bagaimanapun, sebenarnya laporan berita tersebut tidak menyatakan siapa dan status tuduhan tersebut terhadap ketiga-tiga individu terbabit.

Setelah disiasat, rupanya pegawai terbabit tidak disabitkan kesalahan sebaliknya hanya dipanggil sebagai saksi kes tersebut!

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang semalam, Zainal Abidin Saad yang mengaku adalah individu yang dimaksudkan TV3 tampil memberi penjelasan berhubung status dirinya yang hanyalah saksi terhadap kes berkenaan.

Selain menafikan penglibatannya dalam kes tersebut, Zainal menambah bahawa kes tersebut sebenarnya melibatkan bekas pegawai daerah Seberang Perai Tengah (SPT) yang didakwa memberi suapan RM30 ribu bagi menutup aduan salah laku seksual.

Zainal tidak menolak kemungkinan akan menyaman mana-mana media termasuk TV3 yang dipercayai merupakan media pertama yang menyiarkan laporan tersebut dalam slot Berita Terkini jam 6 petang Ahad lepas.

Nampaknya TV3 bakal mengikut jejak langkah Utusan Malaysia yang tak surut dengan senarai saman yang dikeluarkan terhadap mereka oleh pemimpin Pakatan Rakyat!

JALAN PULANG

Kenyataan Media 10 Januari 2013

Saya merujuk kepada laporan-laporan media baru ini yang merujuk kepada penahanan saya oleh SPRM atas satu dakwaan korupsi bagi kononnya menutup aduan gangguan seksual terhadap seorang pegawai tinggi.
Saya amat terkejut kesemua laporan media tersebut adalah lebih memfokus terhadap saya sebagai pembantu khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang. Saya dengan ini ingin menegaskan seperti berikut:-
1) Saya tidak terlibat dalam apa-apa transaksi untuk menutup mana-mana aduan gangguan seksual dan tidak memberi mahupun menerima apa-apa wang atau ganjaran bagi tujuan menutup aduan gangguan seksual tersebut;
2) Pihak SPRM telah menangkap saya dan telah ditahan semalaman dalam lokap SPRM sebelum disoal siasat. Pada setiap masa siasatan, saya dirujuk dan disoal sebagai seorang saksi sahaja dan bukannya sebagai suspek atau pesalah;
3) Siasatan berkenaan dakwaan korupsi untuk menutup aduan gangguan seksual tersebut adalah melibatkan Bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah dan tidak melibatkan mana-mana pimpinan parti dari Pakatan Rakyat mahupun melibatkan Timbalan Ketua Menteri (I).
4)Memandangkan terdapat niat jahat serta kecenderungan berbaur politik dalam laporan-laporan akibat penangkapan saya yang telah menjatuhkan imej saya serta imej pimpinan parti saya, maka saya telah mendapatkan nasihat guaman dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang meneruskan fitnah terhadap saya tanpa sebarang justifikasi.
Sekian penjelasan saya.
Zainal Abidin bin Saad
Pembantu Khas
Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang

Warta Darul Aman

Arkib